SINOPSIS BUKU : Mudahnya Mendorong Anak Syurga

By Friday, February 10, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Penulis : Puan Norhaini Sulaiman
Blog : norhainisulaiman.blogspot.com
FB : Puan Cahaya ( Norhaini Sulaiman )
Harga : RM19 (semenanjung) / RM21.00
   

Buku yang mengandungi 94 muka surat ini sarat dengan himpunan skrip yang baik untuk mengajak anak-anak melakukan kebaikan dan membetulkan kesilapan mereka dengan tidak menggunakan ayat-ayat negatif.
Sesuai dengan tagline buku ini "Tidak perlu marah dan garang. Jadi ibu bapa penyayang"

Kesemua teknik yang digunapakai adalah teknik mendorong. Bila saya baca semua situasi yang berlaku memang real dan rasa sungguh dejavu kerana sememangnya pernah berlaku dan terkena pada batang hidung sendiri. Huhuhu!

Banyak situasi yang sama di dalam buku ini pernah , sedang dan akan saya hadapi. Apatah lagi jika kita keseorangan tanpa pasangan  di sisi ketika menguruskan anak-anak. Sejujurnya, saya masih  belajar untuk melemparkan kata-kata hikmat yang baik sahaja ketika berhadapan dengan situasi 'sukar' dengan anak-anak. Sungguh, apa sahaja yang keluar dari mulut kita adalah satu doa.

Emosi kita sebagai ibu-bapa / penjaga / guru perlu 'diurut' dahulu sebelum mengurut emosi anak-anak yang sedang mengamuk / bergaduh sesama adik beradik.

Antara contoh-contoh teknik mendorong yang boleh dijadikan panduan dan amalam adalah :

Teknik mendorong dalam topik "Tingkah Laku" (muka surat 22). Penulis berkongsi beberapa teknik yang digunakan seperti :

1) Ayat tawaran
2) Doa
3) Ganjaran markah

Situasi yang digunakan adalah 'Merosakkan barang orang'. Aha! contoh ini memang terkena tepat dengan kita semua kan? kan? kan? . Dan untuk mencari pesalah yang membuatnya bukanlah satu teknik yang 'betul'.


 Jangan salah faham, kerana dahulu saya pun begitu. Tetapi bila fikirkan semula sebenarnya takde faedah pun if  we keep continuing do the same action . Contoh ayat :

"Siapa yang buat begini?"
   BIG NO
Sebab lepas ni, akan ada lagi 'drama'  yang tidak sihat berlaku. Yes! they will keep pointing each other, tuduh menuduh dan fitnah menfitnah. Never ending story kan?

Kalau saya sedar dari dulu apa yang saya buat ni boleh mengakibatkan benda-benda buruk berlaku, pasti saya perlahan-lahan tinggalkan dan guna cara pendekatan yang lebih baik dan bijak. Iaitu :

"siapa boleh baiki kereta mainan abang ni?"
or 
 "Siapa boleh tolong mama lapkan lantai?"
or
"Siapa boleh tolong ambilkan tisu / kain lap untuk mama?"

Lepas tuh kalau ada yang datang  membantu, berikan pujian dan ganjaran markah kepadanya. 

Kita juga boleh menggunakan teknik berdoa jika anak sedang mengamuk atau buat perangai. 
"Ya Allah, berilah mama kekuatan untuk mendidik Uwais / Umair / Hannah menjadi anak yang soleh"

Ataupun boleh membaca Istighfar sebanyak 3 kali dan urut lah belakang anak-anak tadi. Mereka ssebenarnya sukakan sentuhan kasih sayang dari jelingan manja tajam kita. 👧😍

Doa lain antaranya ialah membaca Ta'awuz yang bermaksud 'Auzubillahi minashhaithonirrajimm.


Kalau nak tau dan baca lebih lanjut boleh la dapatkan buku ni. Ilmu parenting ni sebenarnya memang kena gali juga. Cuba mana yang boleh, kalau dapat dengar free melalui Youtube pun dah okey. Nak lagi best, join lah yang berbayar. Cuma pada pendapat saya, apa pun teknik yang kita nak gunapakai nanti. KESABARAN itu paling penting. Sebab saya observed diri saya sendiri. Kalau SABAR, memang InshALLAH..semuanya akan berjalan seperti lancar. 


Elok ajerla perkataan yang keluar dari mulut kita ni. Kalau tak boleh SABAR and rasa nak cakap bende2 tak elok or rasa nak pukul anak ke...keep calm and better diam. Cari lah cara masing-masing untuk menenangkan diri daripada meletop macam gunung berapi yang melimpahkan lava serta diikuti asap-asap yang beracun dan tidak menyihatkan emosi anak-anak. Hiks!

Jadi, apa kata kalau korang dapatkan ajer buku ni dari saya. Harga buku di atas  adalah without postage cost . Untuk yang berminat sila tinggalkan email di sini : nanyadifah@gmail.com

That's All and Thank you for reading!

 

You Might Also Like

2 comments

  1. Buku yang baik untuk dibaca. Penuh dnegan informasi yang berguna btw saya singgah dan follow sini ya. jemput melawat blog saya :)

    ReplyDelete
  2. Yang big no ni memang selalu buat dekat anak buah. Sape yang tumpahkan air nih?? Hukhuk :'(

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.