Assalammualaikum w.b.t
Weekend yang lepas, saya ke Sewing World Gallery di One City Mall, SkyPark, Subang Jaya. Sebelum ni, saya memang ambil kelas menjahit dengan Epal Store ni. Tapi dulu di Bandar Puteri Puchong. Cuma, bila derang dah pindah ke Subang Jaya, saya agak jarang ke sana kerana faktor jarak, masa , kos minyak, tol dan bayaran parking.
Kalau dulu ada yang tak faham nak jahit macamana, boleh ajer lari kejap ke sana. dalam 10 minit dah sampai. Sekarang, kena tambah lagi 10 minit dan masa perniagaan mereka pula bermula pukul 10 pagi. Kalau dulu pukul 9 pagi boleh la lama juga dok menjahit sampai anak balik dari tadika. Sekarang memang kena planned betul-betul kalau tak rasa macam tak berbaloi. Lainlah, kalau anak-anak semua balik petang lepas asar. Itu memang puas hati sangat-sangat lah!
Sampai-sampai ajer terus..Waahhh!!! panjangnya sofa ni. Paling menarik bila sarung sofa ni dijahit menggunakan kain seluar jeans yang sudah terpakai. Masa kat Puchong dulu, tade pun gallery macam ni. Kecik ajerpun tempatnya.
Ini pula ala-ala khemah besar yang dijahit menggunakan perca projek. Eh!
gigih nya lahai nak sambung-sambung jahit bende ni kan. Dan dalam tuh,
dipamerkan pelbagai DIY jenis handbag.
Ingat tak? dulu saya pernah join GWR ( Guinness world of record ) membuat 50 kuntum bunga dari kain? Haa...inilah hasil berapa percent dari total yang katanya mencecah beribu-ribu kuntum bunga sebab penyertaan dari seluruh negara kan.
Di satu sudut, terdapat ruang dapur yang kecil dihias dengan pelbagai hasil jahitan. Termasuk lah, sarung kerusi, buah-buahan, sarung bakul, sarung teko. Cantik sangat!
Ni kalau sarung tuh terkena kopi ke teh ke...sila la basuh. Tapi saya rasa sesuai kalau corak teko kita tuh corak dia tak masuk ngan jiwa kita . Boleh lah cover dengan sarung teko ni.
Korang tengok lah ni? totemo kawaii ne~~ ( comel sangat kan?) . Tapi saya tak mampu la nak berbalut dari botol minyak masak ke jus marigold. HAHAH! Macam tak praktikal untuk orang yang 'ramai' anak kecik dan 'rajin' nak mencuci dan mengemas. HAHAH!
Sekadar perhiasan di atas meja. Tak main la beli yang plastik. Jahit terus ko!
Ini pun menarik juga! banyak nya ayam-ayam yang terlepas dari reban! Macam-macam corak ade. Pilih la nak yang mana. Hari tuh, memang ada kelas untuk jahit ayam ni. Tapi belum masuk dalam list lagi sebab rasa tak penting sangat.
Soft toys yang lain.
Mushroom pelbagai saiz dan corak
Ada bag, pencil case dan macam-macam jenis pouch. Semua ni adalah hasil jahitan ahli-ahli di Epal Store. Kalau nak beli pun boleh.
Hannah tengah check bekas isi pad. HAHAH! sebenarnya, saya pun tak tahu..tapi bila ditanya kat staff kat sana tuh. Derang cakap untuk isi pad. Kat bawah tuh macam ada tempat untuk tarik pad tuh keluar.
Nampak style ajer kan? Bag ni diperbuat dari kain jeans.
Book cover dari seluar jeans
Keychain
Buah manggis yang dijahit sebegini rupa adalah untuk mengisi recycle plastic bag.
Belum pernah buat lagi teknik Applique ni. Nampak cantik sangat bila dah menjadi.
Tengoklah ni. Besar tau bunga-bunga matahari ni. Memang boleh lekat kat dinding rumah as perhiasan.
Alas kerusi malas yang sangat wow!
Ada lagi ayam kat sini. Tapi dengan buah labu pulak yer.
Sewing Gallery ni ada 2 tingkat tau. Memang penuh dengan hasil-hasil jahitan dan seni mereka. Gambar ini diambil dari atas.
Ini pun sangat cantik dan unik. 99 Nama-nama ALLAH S.W.T ( Asma'ul Husna ) dipamerkan dengan menggunakan bunga four season. Saya buat yang besar pun rasa mencabar, ini pulak saiz yang kecik-kecik macam ni.
Macam muzium kan? Terdapat penerangan tentang peralatan menjahit yang digunakan mengikut peredaran zaman.
Dah berkarat habis dah. Sket lagi nak jadi tukun. HAHAH! bagus derang ni, terus saya teringat mesin jahit mak punya kat kampung tuh
Jenis sterika dahulu kala. Jenis ni menggunakan arang tau. Dulu, mak saya pun guna ni ajer masa nak gosok baju sekolah kitaorg. Tapi nowadays, tade dah kot orang guna. Yerla, zaman opah atuk saya dulu..mana ada letrik. Tapi hairan, boleh tidur nyenyak tanpa kipas mahupun penghawa dingin. Pasang kelambu lagi sebab takmo nyamuk gigit.
Brand Janome yang lama. Mak kat rumah pakai Singer . Janome ni brand Jepun. Saya pun tak familiar dengan brand ni sehinggalah kami sekeluarga pernah menetap di Jepun dahulu
Dan ini pula adalah bag yang sedang saya jahit. Yer..untuk bulan ni, saya ambil kelas menjahit bag.
Kalau korang berminat jugak nak join kelas menjahit dengan Epal Store boleh la refer jadual projek seni jahitan kreatif ni yer. Kalau amik 6 projek bayar rm200 and if amik 13 projek pula, harganya RM350. Tapi tak termasuk harga bahan-bahan yer. Macam arituh, untuk jahit patchwork bag kos bahan-bahan adalah RM150. Dalam tuh semua lengkap dari kain sampailah handle bag dia.
Untuk sesiapa yang enroll kursus menjahit pakej yang saya bagitahu tuh. Kelas nya di tingkat atas.
Dan mesin-mesin jahit yang comel ni pula untuk anak-anak belajar menjahit. Jangan tak tau sebab kat sini ada Junior Sewing Club tau!
So, best tak sewing world gallery ni ? siapa yang minat menjahit dan sukakan DIY memang akan teruja kalau datang ke sini.
That's All and Thank you for reading!
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
6 comments
Seriously menarik! comel2 semua, kreatif pulak tuh..rasa macam nak pergi.hehe
ReplyDeleteYa Allah bestnya nany, bawa umi pergi sini mau sama-sama meroyan haha.. umi UA suka menjahit juga tu
ReplyDeleteBestnyaaaa tempat ni tapi jauh lah pulak sampai ke Subang. Hehee. Nanti kalau berkesempatan boleh lah pergi, banyak benda yang unik unik nampaknya ni.
ReplyDeletehahahaha kreatifnya diorang ni! botol minyak masak pun boleh pakai ala-ala apron macamtu. Suka la tengok gallery dia, banyak benda yang kita terfikir pun tapi dia boleh buat. Siap buat kemah besar dari perca kain lagi fuhh.
ReplyDeleteKreatifnyaaa. Comel2 pulak dahtu. Dahlaa guna bahan terpakai, memang tak mmbazirlaa jawabnya. :)
ReplyDeleteSalam kenal. Singgah follow sini. :D
baru baca blog u heheh
ReplyDeletetapi memang best kan. I dok sofa tu je. macam amazed jap sebab sangatlah kreatif
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.