Perlukah berjanji untuk menggembirakan seseorang?

By Saturday, August 18, 2018 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya rasa terkena kat batang hidung sendiri bila satu pagi tu saya terdengar satu topik ini di radio mix.fm.

Topik pagi ini kebiasaannya dihostkan oleh Aishah , Rod and Prem.  Oh yer! cakap pasal radio ni. Korang suka radio apa? selalunya saya dengar IKIM.fm , Mix.fm and Sinar.fm. Depends juga sebab kadang ada juga iklan yang tak best untuk didengar.

Anyway,

Kita back to topik utama lah yer.

Bila berjanji ni kadang kita tak sedar apa yang kita cakapkan sebab keadaan waktu itu 'mendesak'. Tak baik dan tak bagus sebenarnya sebab kita hanya mahu selesaikan masalah yang hanya berlaku waktu itu sahaja. Tanpa memikirkan apakah kesannya di masa hadapan.

Especially bila kita ni mak-mak dok deal dengan tantrum anak-anak lepas tuh kita nak cepat sebab kejar masa nak amik si kakak or abang dari sekolah.

So, mulut kita ni pun laju jer la cakap

"Ok..ok..nanti mama belikan yer sayang"

Kalau kita tepati janji kita tu takper. Tapi, kalau tak...nanti anak-anak takkan percayakan kita lagi. Maknanya kita kena sentiasa tenang dan berada dalam keadaaan rasional dan profesional walaupun masa tuh kita dah kelihatan seperti hantu Kak Limah.

Janji-janji manis / palsu ni tak kira lah kat sapa kita buat. Spouse, parents, adik beradik , anak-anak, boss dan guru.

Hannah pernah juga complaint. Dia bagitahu lebih kurang ayatanya..

" asyik cakap dapat hadiah kalau sapa warna cantik...tapi sama jer semua. Tak bagi pun. Penat-penat jer warna cantik-cantik"

Frust juga dengar, tapi mungkin waktu tu cikgu  nak tarik perhatian. Cuma. kalau selalu dibuat. Ataupun ramai guru-guru yang begitu..maka lama kelamaan, anak murid pun dah tahu taktik guru tuh. Dan kesudahannya, mereka tiada motivasi untuk melakukan tugas yang disuruh oleh guru tersebut.

Point nya di sini, think before we talk.

It's hurts much if we don't keep our promise.

Kalau rasa tak mampu nak buat. Better don't say anything kan?


Sama juga macam perhubungan suami-isteri, anak-mak dan lain-lain. Mungkin lepas ni kita sama-sama boleh perbaiki cara komunikasi kita semua.

That's All and Thank you for reading!







You Might Also Like

3 comments

  1. janga berjanji kalau tak boleh/mampu ditepati.

    ReplyDelete
  2. betul tu, setuju sangat... lagi satu secara tak langsung yang diorang ni akan belajar menipu dari kita.

    by the way, nak cakap sikit ni yang saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidebar saya. suka sangat blog ni

    ReplyDelete
  3. this part simple je nak explain.. actions speak louder than words. sembangla kencang macam mana pun i wont ever percaya selagi tak buat =(

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.