Resepi Ayam Herbs Bersama Daun Thyme Menggunakan Air Fryer

By Wednesday, October 10, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Munculnya idea memasak ayam bersama daun thyme ni apabila saya ke Village Grocer di Tamarind Square Cyberjaya. Sebenarnya, bawa anak-anak ke sana untuk study. Maklumlah final exam tinggal beberapa hari saja lagi.

Di Village Grocer ini ada pelbagai sayuran dan buah-buahan segar dan lain dari pasaraya biasa yang saya selalu pergi kat rumah saya tuh. Hehe..

Kalau nak cari barang-barang yang international, boleh lah ke sini yer kawan-kawan. Seronok cuci mata tengok barang derang.

Dalam kepala sebenarnya nak buat mushroom soup, jadi antara bahan yang diperlukan adalah daun thyme segar.

Bila dah nampak, rembat jerlah beli. Malas nak fikir lama-lama. Sebab kalau tak beli nanti, macam menyesal pulak rasanya. HAHAHA~

Inilah rupa daun Thyme Segar
Senang jer nak masak ayam bakar thyme ni. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Beberapa ketul ayam yang dipotong 18
  • White pepper
  • Garam
  • Black pepper
  • Paprika powder
  • Daun thyme
  • Minyak zaitun  
  • Kentang dipotong dadu ( optional )

Bahan-bahan di atas ikut apa yang ada kat dapur korang. Tak semestinya ikut saya punya 100%. Memasak juga ikut seni. Seni campakan kekdahnya. HAHAHAH!!

Nak letak serbuk kunyit pun boleh, nutmeg ka..cayyen pepper ka..Ikutlah tekak masing-masing yer.

Cara nak masak ayam ni pun senang jer. Firstly, ayam yang sudah dibersihkan tadi kita lumur dengan segala bahan-bahan di atas.

Lepas tu letak dalam bekas untuk grill Air Fryer. Gelungsurkan ke dalam Air fryer dan tetapkan suhu pada 180 celcius dan masak dalam 5-8 minit. Saya sukakan ayam yang agak juicy di dalam.

Sebelum masak :

Selepas masak :



Sedap, ringkas, mudah dah menyihatkan. Lagi satu suka masak dalam Air fryer ni sebab kurang penggunaan minyak , jadi lantai pun tak melekit2 , kipas ventilation pun lambat sket lah nak kena cuci.

Lepas tuh, dah masak dalam Air fryer ni boleh tinggalkan ajer dalam tuh. Tunggu jer bunyi 'ting' menandakan masakan kita sudah siap dimasak.

Selamat mencuba yer semua!


You Might Also Like

2 comments

  1. nampak juicy lg ayam tu kak... sya mmg masih lg mengumpul duit nk beli airfryer, ni yg bt gigih nk beli jgk nih

    ReplyDelete
  2. Wahhh menu sihat ni, syoknyaaa ada air fryer. Nani tengah kumpul duit lagi. Hahah! Hajatnya nak jugak ada satu dekat rumah.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.