Tips Jalan-jalan ke MAHA 2018

By Tuesday, November 27, 2018 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hari yang masih berbaki untuk ke MAHA 2018 di Maeps, Serdang. Ada tinggal 6 hari saja sebelum MAHA 2018 melabuhkan tirainya.

Semalam saya berkesempatan membawa anak-anak ke sini. Memandangkan cuaca di Malaysia yang sentiasa 'summer' saya hanya mampu bertahan sehingga separuh hari sahaja. Dalam pukul 1:15pm saya angkat kaki pulang ke rumah.

Masa tu, cuma pikir nak mandi dan merehatkan segala otot. Dapatlah melawat ke beberapa kawasan yang menarik di sana.

Antaranya :

1)  Pavillion negeri-negeri di Malaysia :

Ada banyak booth makanan yang menarik. Food tester jangan cakaplah..kami makan sampai kenyang kot. Sebab masuk sana, rasa sikit, masuk sini rasa lagi. Gitulah jadinya.


Sempat masuk Pavillion Pahang. Ada aiskrim RM2 yang sangat sedap. Katanya diperbuat dari susu kambing yang segar dari ladang. Memang terbaik. Loggokan buah-buahan tempatan yang menarik dan tertarik.




Ada aktiviti perlawanan Musang Berjanggut. Kena asingkan rempah ratus dalam masa 4 minit. Hehehe..

Inovasi burger campuran dengan buah nangka yang sedap juga!

 Ini pula di Pavillion Negeri Perak. Ada persembahan tarian lagi.
Habis di Pavillion Negeri Perak. Kami ke Pavillion Negeri Sarawak pula. Di sana ada pelbagai kek lapis yang dijual. Sampai berpinar mata nak pilih yang mana satu. Last-last beli dua ketul jer. Perisa Horlicks dan juga Sakura cheese. Masing-masing berharga RM15 setiap satu.

Serunding halia juga ada dijual. Sesuai dimakan dengan nasi atau bubur nasi panas-panas. Lepas tuh, kami turun ke bawah untuk merasai mee kolok pula. Sebab masih kenyang, jadi kami beli 2 mangkuk dan kongsi untuk 5 orang. HAHAHA~

Kalau sesiapa rajin boleh masuk ke setiap pavillion ni untuk melihat produk-produk mereka. Tapi saya tak masuk pun semua. Sebab anak-anak nak ke bahagian petting valley.

Jatuh cinta dengan pemandangan payung yang berwarna warni di Pavillion Kedah ni. Cantik!

2) Laman Padi 

Anak-anak suka ke sini. Melihat pelbagai jenis beras dan merasai nasi yang sudah dimasak begitu sahaja tanpa ada sebarang lauk pauk. Itupun makan bertambah-tambah. HAHAHA!

Setiap hari di Laman Padi akan ada demo masakan. Semalam ada demo masakan memasak lemang. Anak-anak juga dapat merasai lemang yang dimakan bersama dengan rendang. Lepas tuh yang best, dapat bawak balik sebekas lagi lemang free. Tapi dalam tuh ada 2 ketui jerla lemang nya..hehehe.

Simboliknya kasut boot pesawah yang dijadikan pasu bunga di satu sudut. Memang KBAT!
 Pakcik yang baik, melayan jer anak-anak ku ini nak rasa nasi dari pelbagai jenis beras.
 Sedap sangat kot makan nasi kosong panas-panas gitu. HAHAH~
 Bergambar dengan replika pondok di sawah padi.
 Inilah cara nak buat wau anak-anak.
Dengan wau yang sebenar. Katanya yang ni mmg boleh terbang tau..kalau tengok yang real memang cantik tau hiasan wau ni. Kreatif sangat!

Menganalilis serangga perosak padi.
 Di satu sudut, ada demo dan hands on cara untuk membuat bedak sejuk.
Yeay!!! dah siap buat bedak sejuk dan sebagai habuannya, dapatlah sebekas kecil bedak sejuk.
Dalam kawasan laman padi ni ada juga beberapa booth makanan tau. Untuk peminat sushi, jangan lupa beli sushi tau. Sedap sangat! lepas tuh ada sushi yang rare iaitu udang galah as a topping. Memang terbaik rasa dia.

Tuna house ini saya rasa panas dan berbahang. Mungkin disebabkan air cond tidak berfungsi ataupun tak cukup power.
Yang akuarium dalam hall satu lagi agak OK dan ada pelbagai jenis ikan yang dipamerkan. Kalau nak beli ikan bilis ke, udang kering. Korang boleh lah singgah ke sini yer.

3) Petting Valley 

 Sebelum pulang, kami naik tram untuk ke kawasan petting valley ini.
Nak masuk main dengan kambing dan arnab ni kena bayar RM5 sekepala. Orang dewasa pun kena bayar tau.
Rajin semua anak-anak ni pi sikat bulu kambing. Mesti mereka terasa seperti berada di dalam SPA. Hahaha!
Kakak yang penyayang dengan haiwan. Katanya nak jadi veterinar suatu  hari nanti.

Tips lain untuk ke MAHA 2018 :

senang dapat and masih banyak. Gunakan kad touch n go untuk tujuan bayaran parking. RM5 sekali masuk.

2) Waktu operasi actually start from 10:00am tapi ok jer if smpi awal. Sebab foodcourt pun ada yang dah buka

3) Pakai sport shoes atau sandal sebab banyak berjalan.

4) Bawa air kosong sendiri lebih baik. Tadi anak-anak memang dah dipesan untuk bawa air masing-masing. Walaupun yang sorang tuh mengelat jer kejenya nak minum ayor manih.

5) Bawak payung atau pakaikan anak-anak cap. Tapi ni saya tak buat. Cuma pakai spek hitam ajer. Tangan pun tak cukup nak pegang payung. Heheh...

6) Kalau boleh, explore satu tempat tuh bebetui so baru puas hati. Ada banyak food tester , so jangan takut or malu-malu nak rasa. Memang derang suh kita makan pun. Hehe..

7) Boleh jer kalau rajin nak pergi few times sebab tadi pun ada benda planned nak beli tapi memandangkan berat nak bawa ke hulu ke hilir jadi padamkan dulu niat nak membeli tuh. Macam kena repeat jer lagi. Huhuhu..

 

You Might Also Like

2 comments

  1. bestnya kak.... mcm2 blh explore yek... kalau nk pegi sana pun ujung minggu jelah, maklum pak nya ssh nk cuti2 nih... tpnya klu ujung minggu tu msti pack sgt2 kan... alahai best betul nengok aktivit2 kt situ

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak ke MAHA tahun nih, macam best je

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.