Keto Banana Bread Recipe

By Monday, July 12, 2021

 

Resepi asal saya ambil dari website : https://healthyrecipesblogs.com/paleo-banana-bread/

Bahan-bahan untuk membuat Keto Banana Bread :

Kandungan nutrisi :
150 calories, 10 grams of carbs, and 3 grams of fiber per slice.

2 cawan almond flour 

3 biji telur suhu bilik

2 pisang saiz sederhana yang sudah masak

1 tbsp esen vanila

1 tbsp serbuk kulit kayu manis

1tsp soda bikarbonat

1 tsp garam

2 - 4 tbsp  erythritol

Perkakas dan alatan :

1) Mesin pengisar ( blender )

2) Oven

3)  Loaf pan ( 8.5" x 4.5 x 2.5) inches

Cara-cara memasak :

1) Pecahkan telur masukkan ke dalam mesin pengisar. Masukkan juga pisang, esen vanila, garam, erythritol, serbuk kayu manis. Kisar sehingga semua bahan hancur.

2) Dalam bekas yang lain, masukkan almond flour dan soda bikarbonat. Kacau sehingga semua sebati.Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

3) Tuang bahan kering ke dalam bahan basah dan adun bahan sehingga sebati.

4) Lapik loaf pan dengan kertas lapik kek ( baking sheet ). Tuang dengan sekata ke dalam loaf pan. Bakar selama 20-30 min pada suhu 180 darjah celcius. Jangan bakar terlalu lama kerana sifat almond flour ini agak kering. Kita mahukan tekstur yang lembap-lembap sikit.


 

Tunggu sehingga sejuk baharu kita boleh potong.

Apabila sudah siap, boleh potong dan simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti ais. Sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi bersama Nescafe O panas. Gerenti sedap!



You Might Also Like

1 comments

  1. Cantik kejadiannya ….Rajin Nany…. Hakak pernah buat banana cake jew…. Masa tu asyik buat je sebab tgh kemaruk hihi….

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.