Berbaloikah memakai tuala wanita kitar semula ?

By Sunday, January 22, 2023 ,

Setelah saya meneliti dan mengkaji semula perbelanjaan bulanan rumah. Saya mengambil keputusan untuk megurangkan penggunaan tuala wanita pakai buang. 

Dengan pengiraan yang dibuat, saya andaikan bahawa sebulan saya membelanjakan lebih kurang RM14.45 untuk pantyliner jenama "Carefree". Manakala RM12.64 untuk tuala wanita berjenama "Libress" maxi overnight dan "Libresse Maxi Fit" ( Non Wings ) RM11.90. Jumlah harga dalam lebih kurang RM38.99. Ini dipakai berdua termasuk anak saya juga. 

Jadi kalau setahun, RM38.99 x 12 : RM467.88

Dua tahun : RM935.76

Tiga tahun : RM1403.64

Penggunaan pantyliner juga penting sepanjang masa terutama pada waktu siang dan juga bersenam. Waktu malam saya jarang pakai kecuali waktu hujung-hujung haid. 

Hasil pencarian melalui lawan sesawang Shopee, saya telah membeli sebanyak 5 helai tuala wanita kitar semula yang cuma berharga RM3.00 sehelai. Jumlah yang telah dibelanjakan termasuk kos penghantaran adalah sebanyak RM19.90.

Bayangkan jika saya terus menggunakan pantyliner katalah berharga RM10.00 sebulan. Setahun, saya telah membelanjakan dalam RM120.00. Jika saya menggunakan ianya selama tujuh tahun, maka jumlah yang perlu dibelanjakan adalah sebanyak RM840.00. 

Andai kata saya membeli sebanyak 7 helai tuala wanita kitar semula ini, jumlah yang perlu dibayar adalah RM25 ( termasuk kos penghantaran ).

Saya telah berjaya jimat lebih kurang RM800! Jumlah yang agak banyakkan?

Apa yang menarik lagi tentang tuala wanita kitar semula ini adalah :

1) Saiz : Lebih besar sedikit dari  pantyliner jenama Carefree . 

2) Bentuk rekaan : Butang yang terdapat pada sayap kiri dan kanan menyebabkan ianya terletak dengan sangat baik. Tidak perlu risau jika ianya tertanggal atau bergerak. 

3) Material : Menggunakan kombinasi kain jenis cotton, microfiber dan flannel yang mempunyai kadar serapan yang tinggi.

4) Praktikal : Senang  disimpan dan dibawa ke mana sahaja kerana ianya mudah dilipat dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk disimpan.

Jika dijaga dengan baik, InshaALLAH ianya mampu bertahan selama lebih kurang tujuh tahun.

Saya belum memakainya ketika waktu haid lagi. Tetapi saya pakai ketika hari biasa sahaja sebagai pengganti pantyliner pakai buang. 

Alhamdulillah, memang puas hati sangat. Kulit saya pun kadang sensitif juga terhadap material pada tuala wanita ataupun pantyliner pakai buang. Terutama ketika cuaca panas ataupun berpeluh selepas bersenam. 

Untuk tuala wanita pakai buang pula, saya telah membeli "Menstrual Cup" jenama The Hive. Harga asal dalam RM80.00. Tetapi melalui Shopee voucher paylater dan diskaun penghantaran dapatlah harga dalam RM52.90.  Berbaloi kan?

InshaALLAH, untuk cawan haid ini saya akan buat review dalam entri yang lain pula ya.

Kalau ada yang berminat untuk mencuba tuala wanita kitar semula ini, boleh klik sahaja link di bawah :

Tuala wanita kitar semula


 

You Might Also Like

4 comments

  1. first time dgr adanya benda camni. thank for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy!!!! Terima kasih juga sudi baca. Semoga bermanfaat 😊

      Delete
  2. Alhamdulillah saya dah berjaya pakai pad kain ni selama lebih 5 tahun. Asalnya bertukar sebab nak atasi masalah kulit sensitif. Lepas tu memang rasa selesa dan terus tukar semua jenis (pantyliner, pad siang, pad malam). Saya beli jenama Snowdrop, puas hati dengan kualitinya. Kecuali bila travel saya terpaksa guna pakai buang.

    Bagus guna pad kain ni selain jimat kos, ia juga dapat membantu menyelamatkan alam sekitar daripada lambakan sisa buangan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik lah! Saya menyesal tak cuba dari awal.

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.