Kemelut Kewangan Wanita

By Sunday, January 15, 2023 ,

Baru-baru ini saya ada menonton program bual bicara di Wanita Hari Ini. Saya jarang dapat tengok TV disebabkan jadual yang agak padat menguruskan hal ehwal kebajikan anak-anak dan rumah tangga.

Sumber : Dr Azizul Azli Ahmad

Namun,  disebabkan topik yang menarik iaitu tentang kewangan dan wanita. Jadi saya tak mahu melepaskan peluang yang ada. Kalau kawan-kawan nak dengar, boleh tonton di sini :

Tetamu yang dijemput untuk membicarakan hal ini tak lain dan tak bukan adalah Tuan Shamsuddin Kadir. Beliau adalah seorang yang mahir dalam selok belok pengurusan kewangan termasuk topik perbelanjaan, simpanan, pelaburan, emas, takaful, wasiat, hibah harta pusaka dan hartanah.

Banyak nasihat dan tips yang dikongsikan. Khas nya untuk para suri rumah : 

Tips Jimat Cermat :

1) Masak jangan berlebih dan kalau masak nasi tu biar cukup-cukup. Kalau masih ada baki esok tu walaupun secawan. Itu bermakna, kita masih lagi belum pandai untuk merancang. Walaupun kita niat dalam hati nak buat nasi goreng, cekodok atau lain-lain. Hakikatnya, tak semudah itu. Saya sendiri pernah melaluinya. Banyak kali. Harapnya lepas ini saya lebih bijak membuat ramalan.

2) Tengok sayur kalau beli seminggu masih ada dalam peti ais. Maksudnya membazir. Tips untuk beli sayur : Beli sayur yang tahan lebih lama. Antara sawi dan kubis, beli kubis. Kalau nak beli juga sawi tu, pastikan kita tak beli sayur lain supaya kita tiada pilihan. Kalau ada pilihan tu yang selalu terjerumus ke lembah pembaziran. Sayur lobak merah pun tahan lama.

Tips  sebelum berhenti kerja : 

Sebelum para isteri yang berhajat mahu berhenti kerja. Sila pastikan ada satu hartanah atas nama kita. Tak kisah lah tanah atau rumah. Sebab kita tak tak tahu nanti kita tinggal di mana. Perlu ingat suami kita bukan hak kita. Kalau bukan ALLAH S.W.T yang ambil, perempuan lain yang akan ambil.

Lepas tu baru fokus untuk tambah pendapatan. Buat perniagaan dalam talian seperti contoh menjadi Affiliate / ejen drophsip / ejen pembimbing emas dengan Public Gold. Ataupun guna kemahiran yang kita ada - memasak, mengajar, menulis dan menjahit.

Berkomunikasi dengan pasangan apabila isteri perlu atau mahu berhenti bekerja bagi tujuan menjaga anak-anak. Buat kira-kira kalau suami seorang yang bekerja berapa yang kita ada. Untuk isteri, senaraikan semua perbelanjaan keperluan ataupun (hutang jika ada) sebelum berhenti kerja.

Dari situ, kita boleh susun atur semula kewangan keluarga dan boleh lah rancang strategi yang terbaik dan praktikal untuk keluarga masing-masing.   

Tips lain :

Ubah gaya hidup -  Kalau sambutan kek harijadi dari 1kg kek jadikan 1/2 kg kek. Perlu berbincang secara serius dengan pasangan supaya nanti tak bergaduh.  Dengan anak-anak pun perlu dijelaskan supaya mereka faham dan tidak berkecil hati.

Sebagai manusia, perkara-perkara asas yang kita semua perlukan adalah tempat tinggal iaitu rumah, makanan dan pakaian. Perkara sebegini dah  kena fikir semenjak usia remaja. Ibu-bapa juga perlu ambil peranan untuk berkongsi ilmu kewangan dengan anak-anak. Jika mereka bekerja dan tinggal bersama ibu-bapa, dah boleh mula kumpul duit utk beli rumah.

Anak-anak kami pun dah diajar sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan. Duit akan beranak kalau disimpan di dalam Tabung Haji ataupun ASB. Daripada disimpan di dalam tabung sendiri.

Ada cerita tentang seorang surirumah yang ketika itu Tuan SK kata umurnya 50 tahun lebih. Dia telah diceraikan. Anak yang sulung tinggal di Ampang dan dia pindah ke sana. Waktu itu, dia ada duit dalam RM95K hasil simpanan dalam diam duit pemberian suaminya ketika dia menjadi seorang suri rumah. Dan dengan duit simpanan itu lah dia beli rumah. Cuma waktu itu mungkin harga rumah tidak semahal hari ini.

Duit yang suami beri , simpanlah mana yang mampu. Ditambah lagi dengan kesan inflasi setiap tahun.  RM100 tahun ini sudah tidak sama dengan RM100 pada tiga tahun akan datang.

Selain itu, kalau ada orang sakit ziarah lah mereka. Untuk celik mata bagaimana nak jaga org sakit. Berapa kos diapers, susu. Ianya adalah penting kerana kita akan belajar sesuatu dari situ. Bagaimana keadaan kita jika ianya berlaku kepada kita suatu hari nanti? apa yang perlu kita persiapkan kelak.

Kesimpulannya berikut adalah tabung-tabung yang WAJIB semua suri rumah / wanita / isteri ada :

20% - 30% daripada gaji atau pemberian suami tukarkan menjadi simpanan. Disamping itu, pastikan wanita ada iaitu dinar emas / jongkong emas dan emas hiasan. Tulis pin number atau password online banking dan berikan kepada pasangan supaya mudah untuk diuruskan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku. Jangan lupa ambil takaful dan paksa suami ambil hibah. 

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kawan-kawan di luar sana

You Might Also Like

1 comments

  1. suka baca bab2 kewangan ni.tq sharing nany..lama xtanya khabar..moga nany dna family sihat2 selalu ya.aamin

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.