Aktiviti untuk kanak-kanak di Pulau Nami

By Friday, September 25, 2015 , , ,


1) Naik ferry 



Perjalanan dari tempat naik ferry ke Pulau Nami cuma dalam 10-15minit. Anak-anak sure seronok dapat tengok pemandangan dari dari dalam ferry ni. Kalau tingkat atas tak penuh, boleh la bawak  derang naik ke atas ni.

2) Indoor playground 





Sangat lah cute dan unik interior design dalam library ni. Boleh main dan baca buku sekali. Tetiba nampak tikar mengkuang di situ. Lokasi indoor playground ni bersebelahan dengan kedai makan halal Asia . Tingkat atas pula ada surau yang lengkap dengan tempat ambil wudu, telekung, sejadah dan Al-Quran.

3) Outdoor playground

Ada 2 tempat outdoor playground yang bersebelahan antara satu sama lain. Lokasinya, keluar dari Baplex building ni jer, terus nampak. Kalau korang nak solat or pegi makan kat restoren Asia Halal ,InshaALLAH boleh gak jumpa.






3) Membaca buku 

Kreatif derang sebab letak buku kat sini. Mungkin, ini pun salah satu cara management untuk aktiviti kanak-kanak. Comel tau! macam peti surat jer design nya. Umair terjumpa buku pasal burung, dok cari kalau-kalau burung dalam buku ada kat sini. :)





4) Berbasikal

Kalau cukup korum, boleh la sewa basikal untuk satu keluarga. Tapi sesuai untuk family 4 orang jer. Mak ngan ayah tukang kayuh beskal, anak-anak duduk kat depan. Sewa die boleh tahan gak, 30minit untuk 30,000won dalam RM100. Kalau korang terror boleh cover satu pulau dalam masa 30minit..silalah cuba yer. Kalau solo atau datang dengan suami/isteri ada gak beskal lain. Sewa die murah sket dari yang family punya.


5) Layan  Ostrich 


Tader la banyak sangat ostrich nyer, tapi better than nothing kan. Terhibur la kanak-kanak ni sebentar. Tengok saiz die pun derang dah impressed!

6) Tengok ikan 


On the way dari entrance nak ke tengah pulau ni, ade bridge and kolam cantik . Aktiviti macam ni memang sangat santai dan melekakan. Kalau ada biskut ke, lagi best. Boleh bagi ikan ni makan. Tapi tade pulak orang buat. Hehehe...

7) Berenang 

Jangan tak tau, kat sini ada kolam renang gak. Tapi, kami tak pegi la sebab memang tak planned pun nak bawak derang swimming. Details hours tak tau pulak. Kalau korang pergi nanti, boleh tanye sendiri eh.



8) Naik train

Kalau tak larat nak jalan, boleh naik train comel ni jugak. Tapi tak sure jauh mane die bawak.



9) Berehat sambil menikmati keindahan ciptaan Illahi.

Haaa...yang ni paling best! mak bapak boleh baring - baring atas kerusi panjang kat sini. Anak-anak boleh lari sane sini, amik ranting kayu main-main dengan daun kering. Tengok bende-bende cute and unik kat sini. Alaa..budak-budak bila bab main kan kreatif. Biar jer mereka explore dengan cara sendrik. Cuma, monitor jerla derang
















Cara-cara untuk ke Pulau Nami boleh ke sini : Tips ke Pulau Nami

You Might Also Like

2 comments

  1. Respect indoor playground nye. Cantik . If i am a kid sure will love the place . They sediakan tempat sembahyang kat situ respect . Beautiful park around the island nany. Gambar pon cantik. lovex3

    ReplyDelete
  2. Kan Adlin? memula aku pun mcm blur..dah kata nama Island..ape lagi eh nak buat..tapi sebenarnya interesting sgt tmpt ni. Kalau pergi sini..spend masa dalam 3 jam macam tu. baru puas hati..hehehe

    ReplyDelete