Cerita Hari Sabtu - Masak nasi ayam dengan anak-anak

By Sunday, December 11, 2016 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Semalam kami dok kat rumah ajer. Jadi masa yang terluang sebab malas nak keluar kami habiskan masak-masak di rumah. Goshh!! dah lama tak buat aktiviti macam ni ngan anak-anak. Last time masa kat Jepun dulu kot. Sebelum berakhir 2016, jom kita repeat lagi aktiviti ni.

Kali ini, saya ajak anak-anak masak nasi ayam. Sebab senang dan sedap. Step pertama saya ajar Hannah tuliskan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi ayam :)

Bende pertama jangan lupa cuba kaitkan dengan KEBAIKAN ALLAH S.W.T kepada kita semua. Lepas tuh, tuliskan apa bahan yang akan digunakan untuk memasak nasi ayam nanti. Kalau ada yang tak tau, jangan risau sebab nanti masa tolong sure derang akan diperkenalkan dengan bahan-bahan tersebut di dapur.

Ayam yang saya beli tu, saya suruh penjual tu potong 2 bahagian ajer. Then, balik rumah senang anak-anak nak bersihkan. Langkah pertama untuk membersihkan ayam adalah dengan melumurkan 3 sudu besar tepung gandum pada keseluruhan ayam tadi. Umair and Uwais enjoy sangat buat yang ni. Perap dulu dalam 10 minit.
Sementara itu, boleh sukat dan basuh beras. Antara benefits bila suruh anak-anak buat sendiri tugas macam ni adalah mereka akan belajar tentang kebersihan dan pengiraan. Berapa cawan beras dan air yang diperlukan untuk menghasilkan nasi yang elok dan cantik bila dimasak.

Tugas untuk Hannah pula adalah penyediaan air sup dan untuk memasak nasi. Memula kekok juga Hannah nak guna pisau dengan cara yang betul. Tapi Alhamdulillah...bila dah ajar boleh juga la dia buat. Halia tuh potong kasar-kasar ajer sebab nanti nak kena tumbuk dengan bawang putih.

Tips lain adalah, ambil sket lelemak kulit ayam tuh, hiris la kecik-kecik. Tumis guna butter instead of oil. Lagi banyak lagi sedap. Kemudian, masukkan kulit ayam tadi. Then, masukkan bawang putih dan halia tadi. Bila dah garing bahan-bahan tadi...terus masukkan air. Perasakan dengan garam.

Bila dah menggelegak, boleh ambil sket air rebusan tuh untuk buat sup. Masukkan beras dan masak nasi macam biasa. Air tu kena sukat lah yer. Kalau 2 cawan beras, 3 cawan air or 3 cawan setengah. Depends on jenis beras masing-masing.

Umair tumbuk halia dan bawang putih untuk marinate ayam. Anak lelaki pun saya rasa nowadays wajib diajar membuat kerja-kerja di rumah. Sunah Rasullullah juga kan?
Masukkan bawang putih + halia yang ditumbuk lumat bersama, kicap, sos tiram dan sedikit gula. Part ni boleh ikut suka hati lah yer. Budak-budak ni bergilir-gilir nak masukkan sumer bahan tuh .
Kacau rata dan biarkan dalam 10 minit. Sementara tuh, jom tengok nasi yang tengah dimasak tuh.
Nasi ni bila dah masak turn out sedap sangat. Rase die ala2 nasi kat Nandos tu haaa...maybe sebab guna butter and lelemaks ayam tuh kot. Lepas makan nasi ni..rasa mok-mok sangat! Hahahaha~~~
Ni resepi sambal cili saya. Senang ajer, guna cili besar + halia + bawang putih +perahan lemon + garam dan gula. Masak ajer sampai pekat. Then, siap!

Sambal kicap pulak...ambil bawang putih + cili padi yang dah digoreng. Tumbuk lumat dan masukkan kicap serta sup ayam tadi.

 Goreng ayam dengan minyak yang banyak. Tutup kuali tadi supaya isi ayam masak sempurna
 Potong timun dan tomato. Minta tolong anak-anak hidangkan makanan sama-sama
Terbaayeeeekkkkk! derang memang tak sabar-sabar nak makan. Mungkin sebab tadi banyak tolong jadi rasa excited lah nak rasa masakan sendiri. Jangan lupa, baca doa sebelum makan. Lagi bagus kalau makan sama-sama satu family. RM25 boleh dapat nasi ayam yang sedap untuk 5 orang dan tahan sampai malam. Best kan?
Alhamdulillah...terima kasih ALLAH S.W.T atas rezeki nasi ayam yang sedap hari semalam.

That's All and Thank you for reading!

:)


You Might Also Like

5 comments

  1. Setuju.. anak lelaki pun patut diajar buat kerja rumah..
    Seronok bila dapat buat aktiviti bersama anak..

    ReplyDelete
  2. Wahhh ada chef cilik tolong memasak sekali. Seronoknyaaaaa :) Nampak menyelerakan nasi ayam kak Nany

    ReplyDelete
  3. suka tengok nany didik anak masak n join sekali...irda ni ha..kalau alya kat dapur..cecepat suh g depan..haha..xnak dia kacau..bytheway tengok nasi ayam tu sodap sgt

    ReplyDelete
  4. sedapnya. lama I tak masak nasik ayam. yumm yum. seronok buat aktivity macam ni dengan kids kan babe. setakat ni untuk maira I suruh dia buang pampers Ash. and Lihin basuh pinggan and cawan sendiri kat bilik air. hahaha . dia main air suka lah. simbah simbah je

    ReplyDelete
  5. Allah. Suka cara akak didik anak akak. Smoga sy dpt jdkn ini sbg pengajaran. Insyaallah

    ReplyDelete