Cookies For Children : Peanut Butter Oreo
Assalammualaikum
Dah lama actually cari resepi untuk buat biskut dengan anak-anak. Cutter tomei2 dah beli kat Daiso. Jadi, hari ini since hujan plus husband tak balik lagi . Maka, saya pun belek-belek resepi kat internet. Sampai jumpa yang ni. Nampak senang and semua bahan ada kat dapur.
Hasil nya memang sedap dan rangup. Anak-anak pun suka sebab boleh involve buat sama-sama. Selain dari part makan bila dah siap, part yang enjoy juga bile masing-masing menerap menggunakan acuan yang tomei2 tu...Macam-macam bentuk ade. Seronok memang seronok!
Rase peanut butter dan oreo yang juga sangat crunchy. Boleh juga kalau nak dijadikan biskut untuk hari raya nanti. Cuma mungkin boleh pelbagai kan bentuk. Adunan bahan-bahan untuk biskut ini saya dah kurangkan jadi separuh dari jumlah asal. Dapatlah dalam 40 pcs.
Bahan bahan :
50 gram peanut butter
85 gram mentega
60 gram gula
75 gram tepung kastard
80 gram tepung gandum
1 kuning telur
sedikit esen vanilla
1/4 sk baking powder
15gram / 3 keping oreo - without fillings
Kaedah :
1) Pukul mentega , gula dan kuning telur sehingga nampak 'fluffy'. Tambahkan vanilla esen.
2) Masukkan tepung kastard, baking powder, peanut butter dan oreo.
3) Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli adunan sehingga menjadi doh yang tidak berapa keras dan lembut.
Bahan-bahan yang diperlukan |
Proses menghancurkan biskut oreo |
Kuning telur, baking powder, mentega, gula dan vanilla esen |
Putar sehingga fluffy |
Masukkan oreo dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh. |
Acuan yang tomei2 or kawaii |
Doh yg ready untuk diterap |
Happy kids doing their part and task |
Bake at 180C for 15-20min |
Fresh from the oven. Kids was so excited and can't wait to eat 'em all!! |
Selamat mencuba!
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.