Assalammualaikum,
Alhamdulillah...Semalam dapat buat carrot cake yang actually dah lama teringin nak buat and resepi pun dah lama tengok. Bahan-bahan dan cara nak buat sangat lah senang. Anak-anak pun boleh tolong dan percayalah, mereka sangat suka bab yang kena kacau2, masukkan telur, pegang mixer, tuang minyak..lagi2...bab Icing and decorations. Hannah paling suka yg nih.
Bahan-bahan asal saya amik dari Puan Azie. Ini blog beliau : aziejaya.blogspot.com.
Bahan bahan:
1 1/4 cawan minyak jagung sy ganti dengan canola oil sebab kat sini ade yg tu jer
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang tak letak sebab tader. So, double the mount of castor ugar
250 gram tepung gandum ganti dengan tepung kek
1 sudu kecil baking soda tak letak
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan walnut - panggang seketika dan cincang kasar ( tak panggang pun )
2 cawan karot - parut kasar
1 cawan kismis - opsyenal tak letak
Cara cara:
Putar telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak dan putar lagi.
Masukkan tepung kek, serbuk kayu manis dan garam.
Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil terus diputar.
Masukkan karot dan. Kacau rata dengan spatula sahaja.
Tuangkan
dalam bekas cupcake. Bakar selama 20 minit
pada suhu 180deg C
Ataupun, tuang dalam loyang berdiameter 7 inches dan kedalaman 3 inches. Bakar pada suhu 180deg C selama 45min
Cream Cheese
Bahan bahan:
120gram gula icing - ayak
250gram cream cheese - sejuk
120gram unsalted butter - lembut
2 sudu kecil vanilla extract tak letak
Putar semua bahan sehingga mencapai konsistensi yang diingini.
Simpan dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 3 hari.
Untuk kelihatan lebih menarik dan berseri-seri, boleh taburkan colorful rice di atasnya.
Selamat Mencuba!. InshaALLAH, seisi keluarga akan menyukainya. Macam dalam gambar di bawah :)
About the Author
A mom with 3 beautiful children. Loves to share and writes anything good about LIFE
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.