Hari ke empat : Shin Kobe Rope Away & Kobe Harbourland

By Sunday, May 24, 2015 , ,

Hari ke empat pengembaraan kami diteruskan. Hari ni seperti yag dirancang, kami ke Shin Kobe Rope Away dan Kobe Harbouland. Sebenarnya, kat Kobe ni banyak lagi tempat best untuk dilawati. Kat sini, kurang Shrine / Temple compare to Kyoto. 

Untuk sampai ke Shin Kobe Rope Away Station. Kami menaiki Shinkansen dari Kyoto ke Shin Kobe station. Masa perjalanan hanya 20-30min.

           Sementara menunggu Shinkansen . Duduk di dalam kawasan menunggu.
                                                    Ok, jom...Shinkansen dah sampai.

Dalam shinkansen. Ada seat number sumer. Boleh duduk di reserved seat or non reserved. Kalau yg reserved seat mahal sket la. Tapi since ada anak-anak kecik, better amik yg reserved. Kalau tak, gamble nanti kena berdiri.

                                Alhamdulillah, selamat sampai di Shin Kobe Station
Ini tempat duduk kat area station untuk menunggu Shinkansen di Shin Kobe Station

Sebab tak sure how to get to Shin Kobe Rope Away, walaupun dah google sumer. Luckily, ade tourist information counter. So, memang memudahkan. Derang boleh cakap english jugak. Die bagi simple map, then bagi direction cane nak pergi. Jalan kaki dlm 10min sampai. Kalau solo, 5min smpi dah kot. Hehehe...

                                        Basically, kena jalan kaki ke arah hotel tu.

                                             Jumpa Mall ni, then kena turun ke bawah
Kat bawah, nampak Indian Restaurant ni. Then, keep walking. Follow signboard.
                        Kat depan main gate nak ke kaunter tiket Shin Kobe Rope Away


                      Dah sampai, dalam pukul 10 pagi. Dah ramai orang beratur.



                                      Turn kami dah nak sampai untuk naik cable car




Dalam cable car. MasyaALLAH, Alhamdulillah...memang cantik view dari atas. Anak-anak sangat seronok sangat. Mujur sumer tak gayat. Gayat pun derang tak paham apa. Heheh..

Masa perjalanan dari base station hingga ke atas mengambil masa dalam 10minit. Cable car akan stop kat middle station. Untuk sesiapa yang nak hiking smpi ke atas boleh turun kat sini. Kami teruskan perjalanan sampai ke atas puncak. Balik nanti baru nak jalan smpi middle station. Sebab kalau turun bukit tade la letih sangat.

Ni dah sampai kat atas puncak. Lepas tu ada tempat makan-makan and ade org jual ais krim madu. Waaaahh...terus beli 3!. Sedap sangat sambil2 kat atas ni panas sket. Memang layannn.




Ni view kat atas kawasan cafe. By noon penuh dah seat. Kami terus masuk ke dalam bangunan pameran kat sini. Ada macam-macam aktiviti untuk kids and adults. Indoor playground juga ada disediakan untuk toddlers.


Untuk aktiviti yang disediakan adalah ; membuat cable car , membuat potpourri menggunakan daun-daun herbal kering dan DIY sabun badan. Hannah buat semua aktiviti.

Ini adalah aktiviti membuat cable car. Ibu bapa juga boleh ikut serta. Aktiviti ni free jer. Tak yah bayo. Kami amik extra bawak balik ke rumah. Boring2 boleh buat.







Ini pula aktiviti membuat potpourri. Yuran 500yen untuk seorang. Senang jer nak buat, nanti die bagi daun-daun herbal kering i.e; thyme, basil, lime..so sumer tu koyak2 jadi small pieces. Masukkan dalam uncang die bagi. Dah siap





Ini pula nak buat sabun badan. Sama juga bayaran die 500yen. Lama sket nak tunggu sampai sabun ni siap sebab kena bagi sejuk dulu. Buat die dlm 10min jer. Dah siap kena masukkan dalam peti ais. Dalam 40min . So, kami pun jalan-jalan lagi dalam tu. Sebenarnye, mati kutu dah tak tau nak buat ape.Hehehe....

Selepas sabun ni siap, kami pun turun dari atas ke middle station. Memang berbaloi sangat-sangat. Tengok pelbagai jenis. Kiri kanan bunga. Udara pun segar nyaman. 

     Glass House. Full of flowers,nice cafe, perfume made from herbs and flowers




















Dah sampai ke middle station. Cable car pula tetiba rosak. Rest jap kat sini. Ramai yang baring and berpicnic. Kami tunggu dalam 30min juga. Then, turun beratur nak amik cab. Nasib baik, cab derang sediakan.Cab ni derang sediakan untuk kami turun smpi ke base station tadi. Kalau  nak jalan kaki pun boleh, 40min katanye. Huhuhu....

Ni barisan punya la panjang. Panas pulak tu. Tapi derang baik, siap bagi pinjam payung and offer ochya ( green tea ). Kami beratur dalam 30min la jugak. Then baru dapat naik cab. Satu cab kena tak boleh lebih dari 5 org termasuk driver. Jadi, kami amik 2 cab. 

Sampai-sampai kat base station tu, staff bagi tiket ade 50% off utk dua orang. Ni kira compesation la dari pihak derang sebab cable car rosak. Bagus kan?. Tapi tak tau la bila lagi nak pegi. hehehe...

Kami pun cari tempat makan and solat. Alhamdulillah, ada Indian restoren yg served halal food. Tapi only chicken and mutton saja. Solat pula kat dalam tempat ibu menyusu anak. Bersih dan privacy sangat. :)


Kedai makan halal di Shin Kobe. Kalau nak lagi selesa boleh pergi ke Kobe Islamic Centre. Dekat juga dengan Shin Kobe.





Habis makan, kami pergi Kobe harbouland. Dari Shin Kobe kami naik cab ke Kobe Station. Sebab Kobe Harbouland tu dekat jer ngan Kobe Station. Jalan Kaki.









Ini semua gambar on the way nak ke Harbouland dari Kobe Station tu. Memang cantik suasana di waktu malam.






                                                     Kami naik ferry wheels juga

 Dah puas berlari-lari and amik gambar. Sekarang masa untuk pulang. Kami naik JR train untuk sampai ke Kyoto. Bukan yang express la.



Anak-anak dah tewas. Kemengantukan tahap agung. Sekian, untuk hari  ke -empat. Nanti akan ada update untuk hari ke-5 pula. Stay tune!!!

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.