Hari pertama : Tokyo ke Kyoto
Kami bertolak dari rumah seawal 6:30 pagi. Masa tu dah cerah, macam pukul 9:30 pagi di Malaysia. Alhamdulillah, anak-anak tak banyak ragam untuk bangun pagi.
Kami hanya bawa 1 bag hand luggage size, 2 bag pack dan 1 stroller. Nasib baik, rumah penginapan yg kami sewa fully furnished. So, baju boleh basuh and pakai balik. Kalau tak cukup..beli baru jer. Hehehe
Dari Shinkoiwa station ke Tokyo station ambil masa lebih kurang dalam 20min perjalanan. Sampai-sampai di Tokyo station memang ramai sangat orang . Masing- masing nak balik kampung agaknya. Tapi suasana masih terkawal.
Tempat duduk di dalam Shinkansen ade yg reserved and yg bukan reserved. Kami punya yg bukan reserved seat. Jadi kena gigih la nak beratur . Nak dapatkan satu row.
Masa ni, semua seat dah penuh. Maka, ramailah yang berdiri. Tempat letak bag ade disediakan di atas seat masing-masing. Cuma, jangan bawa beg terlalu besar sebab takut tak muat. Unless, dapat tempat duduk belakang sekali.Ada ruang lebih untuk menyimpan bag.
Tempat letak stroller . Iaitu ruang di hadapan seat kami. Kami guna stroller MacLarren. Senang nak lipat and very light. Highly recommended untuk bawak travel.
Alhamdulillah, setelah 2 jam lebih perjalanan, kami selamat sampai di Kyoto station. Oleh kerana, waktu check in rumah penginapan pukul 4 petang dan masa tu baru pukul 11 pagi. Jadi, kami pergi cari tempat letak bag dulu. Sebab ingat boleh la cover 1 tempat dulu ke. Tapi hampa, semua penuh. Jadi, kami pergi isi perut dulu di Halal Restaurant.
Halal Restaurant ni terletak di dalam bangunan Kyoto Station juga. Tingkat berapa dah lupa. Nanti sila google eh? Sorry!
Sementara menunggu hidangan sampai. Sempat la kanak-kanak ini melukis. Layankan ajer..
Ini set bento untuk saya dan suami. Sangat mengeyangkan dan sedap pulak tu.
Ini pulak kid set. Kami order untuk Hannah and Umair. Pun sedap. Ade, nasi goreng, buah buahan, grilled beef, telur goreng omelet style.
Selepas makan, kami terus cari jalan untuk ke rumah penginapan tu. Owner rumah bagi map dengan direction sekali. Jadi, memang mudah la nak cari. Cuaca masa tu panas. MashaALLAH..lama tak rase panas mcm tu. Dalam 30deg C. Jalan kaki dalam 10min sampai.
Ini depan rumah kami. Posing tegak berdiri tu sebelum aksi melompat. Hehehe...Gambar-gambar seterusnya adalah keadaan di dalam rumah kami. Owner rumah baik sangat, wpun kami smpi awal, tapi dia bagi check in terus. Arigatou gozaimashita !!!
Rumah yang kami sewa ni memang betul-betul menghadap railway track. Every 3 minutes memang akan ada train lalu. Budak2 mmg memula sampai tu enjoy habis layan train.
Tangga ke tingkat atas untuk ke bilik tidur
So far, kami berpuas hati dengan tempat penginapan ni. Kalau korang berminat, boleh sign up as member of Airbnb. Lokasi pun tip top sebab on the way balik dari jalan-jalan guna train di Kyoto, boleh singgah ke AEON Mall. Nak beli barang basah sumer ada. Then, 10min jalan kaki ke Locomotive Museum, Umekoji Park, Umekoji Kyoto Aquarium dan Toji Temple. Cuma, untuk sesiapa yg sensitif kepada bunyi tu, tidak digalakkan untuk menyewa di sini sebab bunyi bising dari train tu.
Selepas berehat, kami meneruskan perjalanan ke GION. Tapi sebelum tu kami turun di Shijo untuk pergi ke Nishiki Market.
Di hadapan Nishiki Market.
Sedap dimakan ketika masih panas. Lembut sangat.
Kuih ini dalam dia ade inti kacang merah or keledek oren tu. Both sedap. Kat sini bukan culture org Jepun makan sambil berdiri dan berjalan. Derang ade sediakan kerusi tapi tak banyaklah untuk mereka yg nak makan on the go. (macam gambar kat atas tu ) Memang bagus sangat, sebab dlm Islam sendiri kena makan dalam keadaan duduk. Berdiri sambil berjalan memang tak boleh la kan...
Jalan punya jalan, tetiba tembus kat Teramachi Market pulak. Lebih kurang macam Nishiki Market cuma yang ini lagi luas and kedai more to pakaian dan kasut.
Habis yang ni, kami terus ke GION. Misi mencari Geisha tidak kesampaian sebab tak tau nak cari kat mane. Pusing-pusing, last2 kami berehat kat tebing sungai mane ntah. Menikmati keindahan alam di waktu malam. Memang cantik sebab ade lampu lantern kat tepi jalan
Ok, gambar di bawah adalah penutup tirai sebelum kami mengakhiri cerita hari pertama jalan-jalan ke Kyoto. InshaALLAH, lepas ni cerita kami ke LOCOMOTIVE MUSEUM dan INARI.
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.