Aktiviti-aktiviti di rumah bersama anak-anak sepanjang tempoh PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan )

By Saturday, April 04, 2020

Assalammualaikum w.b.t

Minggu ini sudah masuk fasa ke-2 PKP yang dilanjutkan dari 31 Mac 2020 sehingga 14 April 2020. Apa khabar semua?

Semasa menonton Buletin TV3 semalam , terdapat perkongsian dari seorang pakar psikologi tentang bagaimana kita perlu mengekalkan rasa postitif sepanjang tempoh PKP ini.

Menurut beliau, kita perlu merancang rutin harian dan cuba untuk tidak memikirkan sampai bilakah PKP ini akan berakhir.

Bagi diri saya sendiri pada permulaan memang 'enjoy' walaupun ada kerisauan tentang penyakit wabak Covid-19 ini. Risaukan jika kita atau ahli keluarga atau teman rapat yang terkena virus Covid-19.

Masuk fasa ke-2 saya sendiri rasa agak 'bosan'. Terperuk di dalam rumah hampir setiap hari  tanpa ada  aktiviti luar. Walaupun saya bukan lah aktif sangat bersukan atau beriadah di luar. Tetapi ada masa saya rindukan rutin harian saya yang perlu keluar dan masuk rumah setiap hari atas urusan persekolahan anak-anak.

Bingung juga kadang-kadang. Mahu berkebun, tiada pokok hijau yang 'perlu' dikerjakan. Mahu memasak, alasan sayangkan bahan-bahan mentah. Sebab malas nak pergi membeli. Sekarang ini, bahan mentah seperti hidupan laut dan darat, saya order online sahaja termasuklah susu UHT Farm Fresh.

Hasil tangkapan saya melalui online - The Good Prawn.
Boleh lihat IG mereka ya. Musim PKP ini memang ramai orang order online. Jadi, ada waktu agak susah nak order dari mereka.
Lain-lain makanan seperti biskut, roti dan buah-buahan - saya atau suami akan bergilir keluar pergi membeli. Selepas pulang dari membeli, kena mandi dahulu. Bersihkan diri dari sebarang kekotoran dan kuman yang ada. Betapa dahulu sangat mudah dan tiada rasa sebarang kerisauan pun apabila pergi membeli.

Inilah nikmat yang kadang-kala kita lupa dan tanpa sedar ambil mudah dengan kemudahan / kesenangan yang dianugerahi oleh ALLAH S.W.T

Saat ini juga, saya rindukan ibu-ayah di kampung. Selalu menghubungi mereka dan bertanyakan khabar. Kampung saya yang terletak di Daerah Hilir Perak merupakan kawasan 'panas' . Kalau tak silap saya seramai hampir 40 orang kakitangan yang berkerja di Hosptal Daerah Teluk Intan, dikatakan positif Covid-19. Semoga ALLAH S.W.T menghindari kita semua dari wabak Covid-19 ini dan semoga fasa-fasa susah ini segera berlalu pergi.

Saya kongsikan rutin yang saya cuba untuk kekalkan selama tempoh PKP ini. Apa sahaja yang baik adalah dari ALLAH S.W.T dan yang buruk itu adalah dari kelalaian saya sendiri.

Saya merupakan SAHM - ibu kepada tiga orang anak yang masing-masing berusia 12, 10 dan 8 tahun. Jadi, saya tiada tugasan WFH yang perlu dilakukan. Saya memang dapat menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Jadi, usahlah bimbang jika ada antara pembaca yang sukar untuk ikut. Ianya hanyalah sekadar perkongsian dari saya dan ada juga cerita yang saya coretkan sepanjang tempoh Covid-19 ini.

1) Subuh - Pagi :
6.30am - 8.30am
Seperti biasa solat subuh. Kemudian, saya akan kejutkan anak-anak juga untuk bersolat. Mereka kebiasaannya sambung tidur semula - Ok, yang ini saya tidak suka dan saya masih mencari semangat untuk konsisten  sentiasa memastikan mereka tidak tidur semula. Sebab kalau nak elakkan mereka dari tidur semula kena ada aktiviti kan?

Saya baca Al-Mathurat. Dalam pukul 7 lebih macam tuh dah siap. Kemudian, saya sambung buat yoga pula. Ini saya ikut sahaja di Youtube. Dalam 15min - 20min. Ini channel kegemaran saya :


Apabila dah biasa dan agak handal, boleh la cari video yang lain pula.Ikut kesusaian masing-masing.

2) Pagi- tengahari :
8.30am - 12.00pm

8.30am - 9.30am
Ini adalah masa paling mencabar mental dan emosi seorang mak. Saya perlu kejutkan anak-anak dan dalam masa yang sama kena buat sarapan. Saya buat yang senang dan mudah seperti contoh - roti bakar . Kadang kala saya buat sarapan yang agak berat seperti spaghetti bolognaise supaya anak-anak tidak asyik masuk ke dapur dan merungut lapar. Tapikan, dah namanya budak-budak tetap la ke depan ke belakang , buka tutup peti ais tu ha.

                      Si abang kadang kala sukakan roti bakar yang disapu butter seperti ini.
Oh! ada masa saya order sahaja makanan di KESUM . Restoren kepunyaan seorang kenalan saya di Bandar Kinrara. Ada pelbagai jenis kuih-muih dan makanan berat seperti nasi, mee, bihun goreng, soto, nasi lemak dan lontong. Nak lagi mudah, kirimkan sahaja pesanan melalui apps WhatsApp. Nanti mereka akan hantar ke rumah anda! sangat mudah.

 9.30am - 12.00pm
Study time! bukanlah mudah untuk memastikan mereka mengikut arahan. Untuk abang dan adik, sekolah mereka sangat tersusun. Walaupun pembelajaran secara online, tetapi mereka consistent mengajar anak-anak murid melalui video. Seterusnya diikuti dengan tugasan - quizziz, jawab soalan.
Jadual ini sentiasa berubah megikut mood dan keselesaan semua ahli di dalam rumah ini.
Kemudian, murid-murid wajib memuat naik tugasan yang diberikan oleh guru masing-masing ke dalam group FB ataupun Google Classroom. Kedatangan mereka akan dipantau melalui tugasan yang dihantar.

Berlainan dengan kakak, tiada sistem atau SOP yang dilakukan. Kebanyakan guru memberikan tugasan yang banyak sekaligus. Agak memeningkan juga apabila tugasan yang diberikan bercampur baur termasuklah pdf dan online. Ada yang perlu dicetak, ada yang wajib dihantar dan ada yang tak perlu dihantar.

Kemungkinan, pelajar-pelajar di SK terlalu ramai dan tidak semua guru juga arif melakukan tugasan mengajar secara online. Akhirnya, memang ibu-bapa yang perlu membantu anak-anak di rumah.

Terfikir juga, bagaimana nasib para pelajar yang tiada kemudahan internet ataupun laptop di rumah. Pasti lebih mencabar buat mereka. Jadi, saya tidak mahu mengeluh terlalu lama. No more stress. Saya arahakan Hannah buat mana yang wajib dihantar dahulu.
Setiap hari, mereka wajib mulakan pembelajaran dengan surah-surah yang perlu dihafal. Sekarang,Umair perlu menghafal surah Al-Insyirah, Uwais pula surah Al-Falaq manakala Hannah pula perlu menghafal surah Al-Kahf ayat 1-10.
Ini diari saya sebagai searang guru di rumah. Tidaklah hari-hari saya buat. Ianya bergantung juga kepada perasaan saya hari itu. ( Ya, ianya adalah MOOD, cuma saya gantikan dengan perkataan lain. HAHAH!)

12.00pm - 5.00pm :

Saya memasak dan kadangkala, saya libatkan anak-anak juga. Habis memasak dan makan tengahari bersama. Saya dan anak-anak bebas untuk melakukan apa-apa aktiviti. Sepanjang tempoh PKP ini, anak-anak bermain Roblox. Dan masa yang diberikan adalah antara 1 hingga 1 jam 30min setiap seorang.
Apabila anak-anak meminta nasi ayam sebagai menu tengahari. Jadi, silakan ke dapur wahai anakanda semua.
Habis solat zuhur, Saya pula pada masa itu akan layan socmedia, buat kerja rumah - lipat kain, kemas-kemas, update blog, update IG dan FB. Ada masa saya melukis.

Lukisan pertama saya menggunakan pensel.
Lukisan kedua saya menggungakan water color

5.00pm - 8.00pm

Selepas asar, saya kadangkala berzumba bersama anak-anak. Saya pilih yang senang sahaja stepnya.
Anak-anak pun boleh ikut bersama.



Kadang-kadang hanya menonton televisyen. Memilih rancangan yang menarik perhatian saya di Netflix. Selalunya, saya suka menonton dokumentari ataupun bertemakan kekeluargaan. Jika tdak menonton televisyen, saya membaca buku.
Antara filem yang WAJIB anda semua tonton jika ada Netflix di rumah. Cerita Turkish berdurasi selama 2 jam lebih. Mengisahkan seorang ayah yang tidak sempurna akalnya tetapi mempunyai hati yang sangat baik dan luhur. Melihat betapa utuhnya kasih sayang di antara anaknya Ova dan beliau sendiri. Sangat menyayat hati dan sesuai ditonton untuk semua ahli keluarga.
Ketika fasa pertama PKP, ada juga anak-anak bermain bola di hadapan rumah. Menggunakan halaman bersimen yang sekangkang kera luas nya itu. Haishhh...mama cuba main badminton, baru sekali pukul, buah shuttle naik landing di atas bumbung. Terus malas nak main. HAHAH!


 8.00pm - 10.00pm

Solat maghrib berjemaah di rumah. ( Kadang-kadang solat bersendirian ) Ajar anak-anak mengaji. Makan malam, memantau anak-anak mengulangkaji pelajaran. Semak semula jika ada tugasan yang tidak sempat dibuat. Sebelum tidur, ada masa saya bacakan buku cerita buat anak-anak saya. Sekarang, kami sedang membaca buku Ibrah yang ditulis oleh Ustaz Muhammad  Syaari Abdul Rahman yang bertajuk - Perempuan yang baik-baik.

 InshaALLAH, ada masa nanti saya kongsikan sinopsis buku ini ya!

Antara aktiviti lain yang anak-anak buat adalah melukis. Ini beberapa hasilnya :
Ada antara beberapa aktviti yang saya mahu selitkan .

1)  InshaALLAH, mungkin bermula minggu hadapan, saya ingin berZoom mengaji bersama ustazah dan classmate tajwid saya.  Semoga masa yang ada disikan dengan perkara-perkara yang lebih berfaedah.

2) Lap mesin jahit dan mulakan semula hobi lama saya. Alahaii...sendu pula hobi yang satu ini sebab sudah lama ditinggalkan.

Terima kasih kawan-kawan sudi membaca sampai ke hujung. Selamat bekerja dari rumah, jangan stress-stress. Pastikan mental dan emosi kita semua terjaga.

Jaga diri dan teruskan mencegah Covid-19 dengan tinggal di rumah , selalu membasuh tangan dan jaga jarak sosial jika anda mahu keluar dari rumah.




You Might Also Like

1 comments

  1. Cantik lukisan akak, patutla anak-anak akak pun berbakat macam emaknya..kene buat macam-macam aktiviti supaya anak-anak tak bosan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.