Peperiksaan Akhir Tahun Di Rumah

By Tuesday, November 17, 2020 ,

Ketika peperiksaan UPSR dan PT3 dibatalkan, SPM dan STPM ditangguhkan. Para guru di sekolah Umair mengambil keputusan untuk melaksanakan peperiksaan akhir tahun di rumah. ( Home Based Examination )

Agak 'tricky' kerana kepercayaan diberikan sepeuhnya kepada ibu-bapa tukang penjaga pengawas peperiksaan.

Saya pasti, ianya bukan lah sesuatu perkara yang mudah untuk dijalankan. Hampir 90% masa anak-anak belajar di rumah. Hanya beberapa bulan sahaja mereka sempat belajar di sekolah. 

Walaupun anak itu tanggungjawab ibu-bapa, tetapi perlu faham bahawa bukan semua ibu-bapa boleh mengajar bahan-bahan akademik. 

Serabut pada mulanya memikirkan peperiksaan ini. Kenapa masih perlu diadakan peperiksaan jika KPM mengambil keputusan untuk membatalkan dan menangguhkan beberapa peperiksaan awam pada tahun ini.

Saya tidak menidakkan 100% peperiksaan dilaksanakan. Justeru, sebagai ibu saya redha dan memberitahu diri sendiri bahawa peperiksaan akhir tahun ini adalah sebahagian dari rencah atau proses pembelajaran anak. Tujuan utama adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kefahaman mereka selama ini.

Mana mungkin sama pembelajaran secara atas talian dan kelas yang berlaku bersemuka di dalam kelas.

Kesungguhan para pendidik yang mahu memberikan yang terbaik kepada anak muridnya adalah sesuatu perkara yang saya kira perlu diraikan.

Saya juga mengajar secara atas talian. Tetapi saya tidak terikat secara khusus dan rigid dengan peraturan dan prinsip pendidikan KPM.

Pada pendapat saya, paling penting adalah bagaimana kita sebagai pendidik perlu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak di rumah belajar secara online.

Termasuklah memikirkan jenis aktiviti - bercakap dan mendengar secara aktif ketika kelas atas talian dijalankan. Ini amat penting untuk mengelakkan anak-anak dari kebosanan.

Siapakah kita sebenarnya pada pandangan anak-anak ini sewaktu mereka melihat kita melalui screen?

Adakah sebagai Youtuber? ataupun guru?

Apabila peperiksaan dilakukan di rumah, ibu-bapa perlu 'menahan diri' dari membantu sama anak-anak menjawab soalan-soalan tersebut.

Apabila sudah siap menjaba, saya  periksa semua kertas soalannya. Pastikan semuanya dijawab. Kemudian, saya masukkan terus ke dalam fail yang disediakan. 

Apa pun keputusan nya nanti,itu lain cerita. Harapan saya, biarlah tiada ranking kerana takutkan ketidak adilan di situ.

Paling penting pada saya, objektif utama peperiksaan itu tercapai.

Si adik tiada peperiksaan. Tetapi menghadirkan diri di celah-celah meja dan kotak yang ada sebagai tanda sokongan kepada si abang. Kalau bising siap!




You Might Also Like

2 comments

  1. Sekarang banyak yang perlu ditunda dan dipinda. Banyak yang kelam kabut dalam pengurusan. Bukan cuma dalam urusan persekolahan sahaja. Apa pun moga semua yang berlaku ini berhujung hikmah dan nikamt yang terbaik disebut-sebut satu masa kelak.

    ReplyDelete
  2. oh ada exam akhir thn juga ye...mmg susah utk ank2 bab study online ni nk2 kalo ada exam akhir thn..tktahu la mcm mn...sbb certain ibu bapa pn keje dan ada certain family tkde access study online kesian juga kn

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.