The Miracle Worker – Kisah benar Insan yang hilang penglihatan , pendengaran dan bisu.

By Tuesday, January 05, 2021 ,


Saya menonton cerita ini setelah terbaca ulasannya di dalam buku yang bertajuk Jalan Sehala yang ditulis oleh En Hasrizal Abdul Jamil.

Ianya mengisahkan seorang kanak-kanak yang pada asalnya lahir dengan sempurna, tetapi hilang pendengaran dan penglihatan pada usianya lebih kurang 19 bulan akibat dari demam panas teruk yang mengakibatkan otaknya terganggu dan menjejaskan fungsi pancaindera nya.

Helen Keller ( 1880 – 1968 )  dibesarkan di Amerika Syarikat dalam keluarga yang mewah dan beliau disayangi oleh semua ahli keluarganya. Ibu dan bapa Helen, tidak pernah melupakan keperluan fisiologinya – makan, minum dan pakaian. Namun, mereka terlupa untuk mendidik Helen menjadi seorang ‘insan’.

Yang membezakan antara manusia dan haiwan.

Helen tidak tahu bagaimanakah cara berkomunikasi yang ‘betul’ dengan orang lain. Dan orang di sekelilingnya juga menghadapi masalah yang sama.Buntu dan tidak tahu bagaimanakah caranya untuk menyampai maklumat ataupun mesej kepada Helen.

Helen seorang budak yang ketika itu berusia enam tahun hanya diikuti sahaja apa kemahuannya. Ketika keluarganya makan bersama di meja makan, dia dibenarkan untuk berjalan dari mengambil sahaja makanan semua orang dari pinggan orang lain.

Tiada istilah sopan santun dan displin di dalam dirinya.

Jika tidak dituruti, Helen akan mengamuk dengan membaling, menghempas, menolak dan membaringkan dirinya ke atas lantai dan meronta-ronta.

Walaupun dia tidak mampu melihat, mendengar dan bertutur. Tetapi Helen dikurniakan ‘hati’ dan ‘fikiran’ untuk belajar sesuatu.

Usaha keluarga Helen yang mencari ke serata tempat termasuklah berjumpa dengan Alexandar Graham Bell yang Ketika itu mengajar kanak-kanak yang pekak. Beliau telah mencadangkan untuk ke Perkin Institute khas untuk orang-orang yang hilang penglihatan di Boston.

Di sana, mereka berjumpa Anne Sullivan setelah direktor institusi tersebut iaitu Michael Anaganos menyuruh Anne Sullivan yang Ketika itu baru sahaja menamatkan pengajiannya di sana.

Apabila sampai sahaja Anne di rumah Helen, beliau terus mengajar perkataan pertama kepada Helen iaitu “D-O-L-L “  dengan Bahasa isyarat . Anne memegang jari – jemari Hellen dan mengajarnya mengeja. Setiap isyarat jari membawa maksud huruf seterusnya bergabung membawa kepada satu perkataan.

Usaha awal Anne sangat-sangat mencabar. Beliau ditarik rambut, dicubit, ditampar , disimbah air, dikunci dari luar bilik dan dibaling dengan barang. Semua itu dilakukan oleh Helen kerana tidak suka dengan apa yang dilakukan oleh gurunya itu.

Ibu-bapa Helen pula amat menyayangi Helen sehingga terlalu memanjakan Helen. Pernah ada kejadian yang berlaku apabila Helen mengasari Anne. Ibunya memeluknya dan memberikan sejenis gula-gula untuk mententeramkan Helen.

Lantas, Anne bertanya mengapa memberikan ‘reward’ jika budak itu melakukan sesuatu yang tidak baik? Ibunya tidak mampu meberikan jawapan yang tepat. Amalan ini seolah-olah sudah lama diterapkan.

Banyak kali juga ibu-bapa helen ‘campur tangan’ usaha gigih Anne untuk membantu Helen belajar sesuatu. Ianya menjadi halangan terbesar apabila mereka tidak sepakat. Ibu-bapa nya lebih kasihan dan terlalu memanjakan sehingga menuruti apa sahaja kehendak Helen.

Berlainan dengan Anne kerana beliau melihat cara layanan dan hidup Helen dari satu sudut yang lain. Kemungkinan kerana dirinya juga adalah sebagai orang kurang upaya. Kondisi sebelah matanya tidak baik. Beliau pernah buta dan sehingga mengajar Helen, beliau memang perlu memakai cermin mata kerana matanya tidak boleh terdedah kepada cahaya yang berlebihan.

Anne juga pernah tinggal di rumah orang sakit jiwa. Bermain bersama adiknya, Jimmie di bilik mayat. Itulah nasib beliau sebagai orang kurang upaya. Pengalaman hidupnya memberitahu dirinya bahawa ini bukanlah yang diperlukan oleh Helen.

Helen mesti diajar kan sesuatu. Meskipun dia bisu, pekak dan buta tetapi ianya bukanlah penghalang buat Helen untuk terus belajar.

Akhirnya, dalam keadaan yang Anne hampir berputus asa itu, Helen berjaya mengenali apa itu “W-A-T-E-R” . Ia nya berlaku apabila tangannya memegang air dan Anne dalam masa yang sama mengajar nya mengeja secara Bahasa isyarat “WATER”.Sebelah tangannya mengepam pam air dan sebelah lagi memegang dan merasai air itu.

Kini Helen telah “mengetahui” itu adalah air.

Sangat terharu!

Saat yang paling ditunggu oleh Helen akhirnya muncul. Tidak dapat diambarkan dengan perkataan bahawa Helen sangat gembira kerana kejayaannya berupaya mengetahui dan seterusnya berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya.

Ibarat seperti keluar dari sebuah kegelapan. Hidupnya diterangi dengan cahaya yang terang benderang. Helen dan semua orang di sekelilingnya sedar bahawa kini dia sudah mengerti sesuatu.

Ianya seperti batu besar yang berada di bahu dan diangkat ke atas. Beban sudah tiada. Helen merupakan manusia yang istimewa. Walaupun tidak diberi penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Tetapi, Allah S.W.T mengurniakan hati , akal dan perasaan buat Helen dan kita semua.

Saya berasa insaf apabila menonton kisah ini. Selama ini saya merasakan ianya perkara yang mudah. Setakat meilhat, mendengar dan bertutur.

Tetapi tidak buat golongan manusia seperti Helen. Perkara asas kehidupan menjadi sangat kompleks buat golongan ini. Helen Keller terus belajar sehingga akhirnya berjaya ke universiti!

Ianya memberitahu saya bahawa walaupun sebahagian pancaindera kita tidak berfungsi, tetapi selagi adanya akal. Selagi itulah kita ini manusia.

Siapa yang belum menonton filem ini, saya galakkan sangat untuk menontonnya. Saya sertakan link youtube di sini :


 

You Might Also Like

2 comments

  1. kalau tengok gambar tu macam pernah tengok movie ni kak, tapi lama dah dulu jalan cerita dah ingat-ingat lupa... tapi sedihla nengok cite ni, insaf pun iya

    ReplyDelete
  2. selalu baca ttg kisah mereka berdua sejak sek rendah lagi cuma baru skrg tahu ada filem ttg kisah Helen Keller dan Anne Sullivan ini. Kena tonton movie ni di youtube la. Done follow your blog. No 148.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.