Projek seni kreatif Uwais : Jom Buat Bekas Pensel Menggunakan Tin Susu Terpakai!

By Friday, November 13, 2020 , ,

 Assalammualaikum w.b.t

Walaupun sekolah ditutup, tetapi pembelajaran dan aktiviti anak-anak tetap diteruskan. Mana yang mampu dibuat, teruskan. Kalau rasa agak tertekan sila abaikan dan beralih kepada perkara atau aktiviti-aktiviti yang menyenangkan.

Guru di sekolah Uwais mengadakan pertandingan seni reka termasuk lah melukis, mewarna dan mencipta sesuatu. Tidak ketinggalan, ada juga pertandingan menulis dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. 

Uwais ambil bahagian untuk mereka cipta. Kami telah menghasilkan bekas pensel yang diperbuat daripada bahan terpakai iaitu tin susu. 

Caranya sangat mudah, tetapi masih perlu bantuan dari orang dewasa ya! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bekas pensel dari tin susu.

1) Tin susu pekat manis atau apa sahaja yang saiznya difikirkan sesuai

2) Kain Felt - boleh guna warna apa sahaja yang diminati

3) Gam Uhu ( kami menggunakan glue gun )

4)  Bahan hiasan - riben, sticker, manik dan apa sahaja yang dirasakan sesuai

Langkah-langkah membuat :

Pertama sekali hendaklah diketuk bahagian atas yang tajam / bergerigi. Agak bahaya jika terkena tangan atau jari. Boleh luka dibuatnya. Saya gunakan penukul untuk mengetuk bahagian yang tajam itu.

Kemudian, guna pita pengukur dan ukur diameter tin tersebut. Selepas itu, ambil bacaan panjang tin pula. Lebihkan 1 inci ya!

Jangan lupa untuk tanya anak-anak, mereka mahukan unik cm atau inci. Tuliskan bacaan ini di atas kertas atau di papan putih ( jika ada )

Ambil kain felt dan tanda atas kain tersebut ukuran panjang dan diameter tin itu. Gunakan pensel / pen dan gariskan. Supaya mudah untuk anak-anak menggunting kain tersebut.


Balut keliling kain felt di atas tin dan gamkan supaya ianya melekat.

Setelah siap digam sekeliling, gunting sedikit bahagian atas yang lebih untuk dilipat dan tutup bahagian tin yang tajam / bergerigi.

Apabila siap digunting, lipat ke dalam dan gamkan ke tin.

Sekarang kita bolehlah menghias bekas pensel. Kami lekatkan riben di bahagian atas dan bawah tin tersebut.

Tampal lah sebarang bahan perhiasan yang dirasakan cantik dan sesuai.


Taraa~~~~ sudah pun siap. Cantik tak? hehehe...pelekat dan kain felt semua tu saya beli di Daiso, lama dah.
Siap dan boleh digunakan. Selamat mencuba semua!








You Might Also Like

1 comments

  1. menarik.. time2 cuti buat hands on activity cemni dengan anak2 trisi masa diorang kan..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.