Aktiviti fizikal bersama kawan-kawan Bukan Soal Kurus di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

By Monday, June 27, 2022

Sempena Cabaran Kurus 30 hari, kami juga mengadakan aktiviti di luar bersama-sama. Kali ini saya menyahut cabaran untuk menganjurkan 5 km larian bersama peserta-peserta BSK yang lain. Saya memilih trek larian di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur (Perdana Botanical Garden).

Kenapa Perdana Botanical Garden jadi pilihan saya?

1) Untuk cuba berlaku adil kepada semua orang, saya pilih kawasan yang terletak di Ibu Negara Malaysia - Kuala Lumpur. Pun begitu, ada juga yang datang jauh dari Seremban dan Kepong. 

2) Tempat letak kereta berbumbung, bertingkat dan selamat. Cuma ianya berbayar. Bayaran yang perlu saya buat adalah sebanyak RM4.40. Boleh juga kalau nak guna kad Touch N Go.

3) Ada kemudahan awam seperti tandas yang bersih juga kedai runcit menjual air dan makanan ringkas.

4) Tempat yang cantik dikelilingi pokok hijau dan berbunga bersama kicauan burung.

5) Jika berjalan mengelilingi tasik sebanyak 1 kali, jaraknya adalah lebih kurang 1km ++. Jadi, tidaklah bosan sangat kalau mahu berjalan sebanyak 5- 6 kali kerana ia agak luas.

6) Ada taman permainan untuk kanak-kanak. Jadi ianya juga sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Kalau nak berbasikal pun boleh juga.

 7) Sesuai untuk ambil gambar sebab ada banyak kawasan yang latar belakangnya amat menarik untuk dijadikan 'backdrop' gambar. Contohnya seperti berlatar belakang kan air terjun buatan ini.

Tertunai juga hasrat kami untuk berjumpa sesama ahli BSK yang lain secara bersemuka. Aktiviti lain akan menyusul kemudian pula. Mungkin badminton, bowling dan berpiknik. 

Selepas siap larian, kami buat cabaran yang lain pula. Iaitu berbaring di atas rumput dan pandang ke atas langit selama lima minit.

Pada mulanya kami seperti ragu-ragu untuk melakukannya. Yerla, rumput masih basah, takut ada bahan buangan haiwan, tak selesa, kotor dan risau apa yang orang lain akan katakan.

Tetapi akhirnya masing-masing 'sporting' dan setuju nak buat sama-sama. There you go! 

Memang lain macam perasaannya apabila berbaring begini. Fikiran terasa lapang dan sangat tenang apabila memandang ke arah langit yang luas cerah berwarna biru. 

Selama ini mata hanya memandang ke hadapan dan ke bawah. Sungguh jarang kita melihat  ke atas. Subhanallah...Maha Suci ALLAH yang menjadikan langit dan bumi sebagai hamparan buat kita semua. Ia satu nikmat yang sangat jarang kita hargai dan syukuri.

Sebelum masing-masing pulang ke rumah, kami menambah kalori dengan makan Nasi Lemak Tanglin. Jalan kaki sahaja sudah sampai. Terima kasih semua kerana sudi hadirkan diri. Semoga berjumpa lagi di lain hari. InshaALLAH.




You Might Also Like

1 comments

  1. lepas run..layan nasi lemak tangling..sedap tu...lama xmakan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.