Sampai bila kena simpan emas?

By Monday, June 20, 2022 , ,

 

Persoalan ini juga antara yang pernah bermain di fikiran saya juga. Sebenarnya kita perlu tetapkan matlamat dahulu sebelum ingin memulakan sesuatu perkara.

Contohnya, dahulu berat saya hampir melebihi BMI normal. Bacaan kolestrol juga agak merisaukan. Saya sedar  lagi 5 - 10 tahun jika saya buat tak tahu dan tak ambil kisah. Kemungkinan saya merupakan salah seorang penyumbang jumlah kenaikan statistik untuk penyakit obesiti dan apabila kolestrol tinggi pelbagai penyakit yang hinggap ke badan.

Dengan kadar kos inflasi perubatan yang dianggarkan sebanyak 10%-15% berbanding dengan kos inflasi umum yang dianggarkan sekitar 2%-3% yang berlaku setiap tahun di Malaysia. Menyebabkan saya sedar bahawa jika duit dan harta banyak sekalipun tetapi kita kita tidak sihat pun tidak berguna juga. 

Selain dari mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam 3 -4 kali seminggu, jaga pemakanan, mengawal tekanan hidup dengan betul dan tidur yang cukup. Saya juga mengesyorkan agar semua pembaca di luar sana mengambil takaful perubatan.

Ini juga salah satu cara jika kita tiba-tiba jatuh sakit dan perlu dimasukkan ke hospital dan menjalani rawatan yang kos pembiyaannya sudah tentu mahal.

Jadi jangan abaikan kesemuanya. Gaya hidup yang sihat adalah kepuasan yang utama selepas kita melindungi diri kita dengan takaful perubatan.

Itulah BIG WHY saya kenapa saya mahu menurunkan berat badan dan mengawal kolestrol. 

Sama juga jika kita mahu mula menyimpan emas. Tanamkan matlamat kenapa mahu menyimpan emas.

Banyakkan membaca dan mendengar ceramah berkaitan ilmu yang kita mahu pelajari.

Jika anda semua sudah mempunyai beberapa pelaburan seperti Tabung Haji, ASB1, ASB2, Unit Trus, Saham, hartanah dan KWSP. Masukkan juga logam mulia iaitu EMAS ke dalam portfolio simpanan / pelaburan anda. Ini kerana setiap jenis pelaburan di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Apabila matlamat yang kita sudah tetapkan ini tercapai, maka jangan takut atau sayang untuk kita gunakan emas yang telah kita simpan itu. 

Cuma satu nak pesan, biarlah matlamat yang ditetapkan  itu relevan dengan kemampuan dan tempoh yang praktikal.Semua orang tidak sama, jangan tertekan dan bandingkan dengan orang lain. 

Jual emas apabila TIGA perkara di bawah tercapai : 

KECEMASAN - Apabila kesemua duit kecemasan yang di dalam bank sudah habis digunakan. Semua orang wajib adakan simpanan kecemasan minima 3 - 6 bulan pendapatan gaji. Boleh simpan di dalam Tabung Haji juga ya!

KEUNTUNGAN - Apabila ada peluang untuk menjana keuntungan yang lebih baik berbanding simpan emas seperti membeli haratanah di bawah harga pasaran.

CAPAI MATLAMAT - pendidikan, haji/umrah, hantaran perkahwinan.

Selamat menyimpan emas semua!


 



You Might Also Like

1 comments

  1. harga emas sekarang tengah turun sesuai lah beli nanti dah mahal kita jual pulak hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.