Resepi Homemade Ice Cream Mudah & Lazat

By Thursday, May 28, 2015 ,

Memang sedap!
Ini adalah cubaan ke-2 membuat ais krim sendiri. Masa 1st time buat, tak berapa nak jadi sebab tak beat ikut masa yang dinasihatkan. Jadi, hasilnya tak smooth sangat tapi rase dah OK. 

Kali ni buat, Alhamdulillah..menjadi 100%. Korang boleh follow step ni dan tips die kena beat dengan mixer or guna blender pun boleh dalam 20min. Nanti adunan die jadi ringan dan kelihatan sungguh gebu! :)

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara membuatnya. Sungguh simple, boleh buat dengan anak-anak. 

Bahan-bahan : Perisa strawberry, susu sejat, susu pekat manis, ovalet, telur, vanila esen, serbuk koko/milo.
Sukatan :

1 sb  perisa kegemaran
1 tin susu sejat
6 sb susu pekat manis
1 sb ovalet
1 sk vanila esen

Cara nak buat : Masukkan kesemua bahan di dalam bekas yang sesuai. Then, beat for about 20minutes or smpi die jadi adunan yang nampak 'mengembang' / gebu. Nak guna blender pun boleh jugak yer.

Bantu membantu amalan mulia


Boleh stop pukul kalau bancuhan dah bertukar jadi macam ni.

Perisa strawberry

Perisa coklat
Tuangkan ke dalam bekas yang bersesuaian. Kemudian, boleh dah letak dlm freezer. Tunggu semalaman untuk hasil yang tip top.
Jemput makan sumer
Tader la rase mcm Haagen Dazs nyer ais krim. Tapi rase sedap die lain macam sebab buat dengan air tangan sendrik. Feeling tu lain macam sket. Susah nak cakap. Korang buat sendrik la..hahaha

You Might Also Like

0 comments