5 DIY Skin Care Paling Jimat dan Mudah
Assalammualaikum w.b.t
Cerita yang ingin saya kongsikan kali ini adalah tentang 5 DIY Skin Care yang anda boleh buat sendiri di rumah.Malah jika dilakukan bersama anak-anak ianya dapat dijadikan pembelajaran dalam memperkenalkan warna dan buah-buahan yang ada kepada mereka.
Rawatan Mata dengan Jem Strawberi
Untuk pengetahuan anda, buah
strawberi kaya dengan nutrisi seperti Alpha hydroxy acids (AHAs), vitamin C dan
antioksidan yang baik untuk kulit kita. Oleh itu, jem strawberi merupakan
kaedah rawatan paling pantas dan mudah yang boleh anda lakukan untuk
menghilangkan lingkaran hitam pada sekeliling mata dan inginkan rupa paras yang
berseri.
Cara-cara :
Terdapat dua kaedah yang boleh anda
cuba lakukan. Kaedah pertama adalah yang paling mudah. Beli sahaja jem
strawberi dan sapukan pada bahagian keliling mata atau bawah mata dan biarkan
selama 5-7 minit sebelum anda membilasnya dengan menggunakan air yang sejuk.
Kaedah seterusnya adalah dengan cara
melakukannya sendiri di rumah. Saya sukakan kaedah ini kerana tiada bahan pengawet atau campuran lain
yang digunakan. Ambil garfu atau pengisar untuk menghancurkan buah strawberi
tersebut. Jika anda baru mahu mencuba, cukuplah dengan menggunakan 1 – 2 biji
buah strawberi dahulu.
Selepas itu, ikuti langkah yang sama seperti
di atas. Hasilnya, bukan sahaja kulit muka kelihatan licin dan bersinar malah
ianya meninggalkan bau strawberi yang sedap dan manis!
Mask Muka Avocado & Labu
Kaedah DIY skin care yang kedua adalah dengan penggunaan
avocado dan labu. Avocado mempunyai khasiat untuk menyokong sel kulit di mana
kandungan Beta-Karotin, Vitamin C dan Vitamin E yang tinggi. Kandungan minyak
dan lemak yang sihat di dalam Avocado mampu memberikan kelembapan kepada
kulit.
Labu pula kaya dengan vitamin A
dan zink. Ianya sangat baik untuk kulit berjerawat kerana kandungan Zink akan
membantu mengawal paras hormon dan pengeluaran minyak disamping dapat membaik
pulihkan kulit. Menariknya, kedua-dua buah ini mempunyai kebaikan yang serupa
iaitu dapat mengurangkan kedutan di muka dan kesan-kesan kedutan penuaan.
Cara-cara :
Kemudian, sapukan pada permukaan muka anda dan biarkan selama 30 minit ataupun sehingga ianya kering di muka. Anda akan rasakan kulit muka agak tegang kerana campuran Avocado dan Labu tersebut mengering. Kemudian, basuh muka dengan air suam dan kemudian air sejuk untuk menutup liang pori pada kulit muka. Anda akan rasakan kulit muka terasa licin dan lembap.
Kaedah DIY Skin Care yang ketiga pula adalah dengan menggunakan kunyit dan yogurt.
Mask kunyit |
Kunyit digunakan dengan meluas di
negara-negara Asia sebagai agen kecantikan dan kesihatan semenjak berkurun
lamanya. Ianya terkenal sebagai sistem perubatan Ayurvedik di kalangan masyarakat India. Bakal-bakal
pengantin perempuan juga menggunakan kunyit sebagai sebahagian besar dalam
persediaan kecantikan luaran dan dalam untuk memasuki alam perkahwinan.
Kunyit juga bertindak sebagai ejen
antioksidan dan anti radang yang baik untuk kulit kita. Sekaligus dapat
mengurangkan kesan parut dan jerawat di wajah. Ia juga boleh membuatkan tona kulit anda
kelihatan lebih sekata. Antara lain khasiat kunyit ialah untuk merawat masalah
kulit kering , kulit berminyak, mengurangi kesan-kesan halus dan kedutan di
wajah.
Cara-cara:
Campurkan ½ sudu serbuk kunyit
bersama 2 sudu besar yogurt dan kemudian sapukan pada permukaan kulit muka
anda. Biarkan selama 20-30 minit dan seterusnya bilas menggunakan air suam.
Aloe Vera & Air Mawar
Aloe vera sememangnya terkenal dengan
khasiat yang dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Ia juga mampu bertindak
sebagai ejen pelembap. Kehadiran dua hormon utama iaitu Auxin dan Gibberellins bertindak
sebagai pencegahan anti-radang kulit. Daun Aloe mengandungi bahan antioksidan
termasuk beta karotin, vitamin C dan E untuk membantu dalam menambah baik pulih
keanjalan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit. Campuran aloe vera dan air mawar pula
memberikan kesegaran pada muka serta memperbaiki tona kulit.
Cara-cara:
Campurkan sedikit air mawar bersama pati aloe
vera dan goncangkan supaya sebati. Kemudian sembur pada permukaan kulit muka
anda dan biarkan sehingga ia kering sendiri
Mask Pisang & Madu
Pisang adalah antara buah yang kaya
dengan Vitamin A,B,E dan potassium. Kepentingan khasiat potassium ialah
dapat mengekalkan kelembapan kulit sekaligus dapat menghilangkan masalah kulit
yang kering. Madu pula dapat menghapuskan bakteria, mengelakkan jerawat dan
dapat meberikan tona wajah yang sekata dan memberikan wajah yang cerah
bersinar.
Cara-cara:
Ambil pisang yang sudah masak ranum
dan dengan menggunakan sudu atau garfu lenyekkan pisang tersebut bersama 1 sudu
besar madu. Sapukan dengan rata ke atas wajah dan tunggu sehingga 15 minit.
Anda dapat rasakan mask mengering dan selepas itu bilas dengan air suam.
Hasilnya amat memuaskan!. Kulit wajah akan terasa lembut dan kelihatan berseri.
p/s
: Tips lain, saya hanya menggunakan ¼ dari sebiji pisang kerana ianya sudah
cukup untuk disapu rata keseluruhan wajah. Anak-anak saya juga sukakan mask
pisang dan madu ini kerana ianya amat mudah dilakukan dan sedap juga untuk
dimakan.
2 comments
rajinnya nany DIY utk kecantikan :)
ReplyDeleteserius rajin sgt..kalo saya belum tentu, nak beli yg siap aje, malas nk fikir hhhaaa..kecuali utk dlmn rajin gak la mencari bahan2, rebus, minum..senang :)
pergh.. sedap tu tepek jem kat muka.. silap2 terus jilat ngeh2..
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.