Tips dan Review ke Shinjuku Gyoen

By Tuesday, March 29, 2016 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Shinjuku Park ini agak luas sampai ada 3 entrance gate. Jadi, boleh pilih  nak masuk gate yang mana satu. Paling senang untuk saya yang ada anak-anak kecil ni adalah dengan menaiki JR Chuo Sobu Line ( train warna kuning ).

Shinkoiwa Station - Sendagaya Station

Hanya ada satu exit di Sendagaya Station. Selepas touch out tiket, terus amik kanan dan jalan ke hadapan. Anda akan dapati cafe ini di sebelah kanan :


Dan di sebelah kiri, terdapat pokok-pokok ginko yang tersusun kemas di sepanjang jalan
Kemudian, di hadapan nanti ada dua jalan. Ambil jalan yang kena lalu bawah terowong, atas tu adalah laluan train. 
Teruskan lagi berjalan sehingga jumpa bangunan yang luarnye dipenuhi dengan pokok-pokok yang menjalar macam ni :
Sambung lagi perjalanan, dalam beberapa minit anda akan jumpa Shinjuku Gyoen!
Sorry, tak pandai baca kanji~~
Ada larangan untuk tidak bawa masuk minuman beralkohol. Saya sokong!!! 
Pemeriksaan sebelum masuk untuk membeli tiket. Strict kan derang? siap nak ada bau air apa dalam tu. 

Sumimasen...kore nani?
Kore wa Ko-hi desu. Ari-Cafe desu.
So desu ne....
Arigatou gozaimashita!

Pegawai ni sangat menghormati kita, lepas mintak check bag sumer, die akan ucap terima kasih dengan penuh perasaan dan tunduk bersungguh-sungguh! Mungkin kerana rasa menyusahkan kita untuk keluarkan segala benda yang ada di dalam bag tu.

Tiket kemasukan adalah sebanyak 200YEN untuk seorang dewasa. Boleh check info lebih lanjut di website mereka di sini : http://www.env.go.jp/garden/shinjukugyoen/english/2_guide/guide.html
Sebelum meneruskan aktiviti di dalam Shinjuku Gyoen ini, jangan lupa amik brochure yang telah disediakan.

Kalau ada yang dah pernah pergi Shinjuku Gyoen ni sila kongsikan pengalaman anda di sini!

Terima kasih kerana sudi membaca!

Harap membantu untuk mereka yang ingin ke sini.




You Might Also Like

4 comments

  1. Wahhh siap nak bau tu. Hehe. Memang strict betul

    ReplyDelete
  2. Tak de pengalaman pun Nany, baca pengalaman org pun mcm dah kenyang ni hihi...

    ReplyDelete
  3. Tak de pengalaman pun Nany, baca pengalaman org pun mcm dah kenyang ni hihi...

    ReplyDelete
  4. seronok tgk pic2 kak nany.. cantik2...
    dpt juga merasai pgalamn tmpat org sekurangnya..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.