Fakta menarik tentang tandas di Jepun

By Friday, March 25, 2016 ,

Assalammualaikum w.b.t

Tandas awam di eki no Mitaka ( Mitaka Train Station)
Ada ketika dan waktu, saya keluar berempat tanpa suami di sisi. Walaupun saya bukan lagi bergelar babywearer dan anak-anak tidak menggunakan stroller. Saya tetap rasakan tandas khas ini sangat berguna di waktu kecemasan. Bukan sahaja OKU, malah orang tua, ibu mengandung, parents yang ada anak-anak kecik pun boleh menggunakan tandas ni.  Jyozuda!. Tak perlula nak tinggal salah sorang anak kat luar. Angkut jer semua ke dalam. Senang kan?
Menariknya...tandas ini TIDAK berkunci. Tak perlu rase kalut and gelabah bila time tu anak dah nak terkencing dan pada waktu yang sama.. 

"eh! eh!...mane nak cari kunci toilet ni? " :p

So, macamane nak bukak pintu die? 

Jangan takut dan panik..anda hanya perlu letakkan tapak tangan macam yang Hannah buat tu.Tapi, tade la semua tandas kat Jepun ni macam ni. Ada yang kena tekan button. Kena belek telek tengok.
Tandas awam di Shiodome Station
Contohnya tandas yang ni kena tekan button sebelah kanan yang warna hijau tuh. Bila korang kat dalam, nanti die auto akan menyala dari luar means ade orang tengah guna tandas tu. Dalam tandas ni memang luas dan bersih. Well, part bersih satu dunia kot dah tau. 
Ini contoh keadaan di dalam tandas OKU / parents dengan anak-anak kecik / ibu mengandung / orang tua yang terdapat di  Asobono Area, Tokyo Dome.
Seious, takde pun bau busuk yang meloyakan tekak dan sangat-sangat bersih!. Lantai tidak basah dan semuanya dalam keadaan yang baik dan berfungi dengan elok.
Ada sesetengah bus express yang menyediakan tandas di dalamnya. Ketika gambar ini diambil, tempat duduk saya memang betul-betul di hadapan tandas. Tapi,tak de pulak terbau sesuatu yang tidak menyenangkan. Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam ++ dari Shinjuku ke Kawaguchiko Station hari itu selesa dan saya dapat tidur dengan lena.Heheheh..

Kesimpulannya,

Mereka bukan sahaja pembersih dan sistematik. Tapi amanah dan jujur juga. Buktinya senang..tandas yang ada sign yang special macam OKU / parents dengan anak-anak kecik / orang tua memang golongan itu sahaja yang guna. Praktikal sangat kalau tak berkunci kan? . I hope Malaysia will become like this one day. InshaALLAH...





 


You Might Also Like

6 comments

  1. salute sangat ngan jepun..tandas tip top..bestnya lahai..
    jauh panggan kalo nak compare ngan sini nany..berharap ajer la..

    ReplyDelete
  2. Teringinnya nak jejak ke sana. Kannn banyak benda yang kita boleh contohi daripada mereka :)

    ReplyDelete
  3. Insyallah contoh yang baik kita ikut..kan nany..moga rakyat malaysia jdikan jepun sbg cth..

    ReplyDelete
  4. adeh negara maju cenggini la.. ehehe.. kita ni ?? serabut ngn sampah dalam tandas..

    ReplyDelete
  5. serius tndas awam ni????
    bersihnya.. mmg kat sana, semua tmpat bersih kan...
    bestnya kalo kat sini pon fikir semua keperluan ni utk org awam..

    ReplyDelete
  6. kalau nak compare tandas awam Malaysia dengan jepun memang tahap langit dgn bumi.

    but for me, tandas kat JJ AEON (company malaysia tp HQ DI jepun) di malaysia memang bersih. maybe kosnpse jepun diamalkan di sini.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.