"Sumimasen, Ya-kii-mo nihon o kudasai!"
Assalammualaikum w.b.t
Buah-buahan di Jepun sangatlah mengikut musim. Antara sebab saya tertunggu-tunggu musim sejuk adalah kehadiran Ya-kii-mo ataupun ubi keledek bakar. Ubi keledek sahaja dalam bahasa Jepun ialah "Satsumaimo" .
Walaupun ya-kii-mo merupakan makanan jenis karbohidrat, tetapi ianya mampu mengurangkan obesiti dan membantu proses pencernaan serta penghadaman dengan baik kerana kandungan serat yang tinggi.
Salah satu cara orang Jepun menyediakan ya-kii-mo adalah dengan memasaknya di atas batu-batu yang panas. Gelung besar ni actually ada bertingkat-tingkat sebab pernah nampak derang angkat bekas yang paling atas tu.
Uniknya tentang ya-kii-mo ialah, ianya hanya boleh didapati ketika musim sejuk dan bunga sahaja. Sejuk-sejuk memang masyuk sangat bila dapat makan ya-kii-mo panas-panas.
Harga ya-kii-mo dijual mengikut saiz. Kalau yang besar dan lebih panjang maka harganya lebih mahal dalam 300Yen. Kebiasaannya, saya suka beli yang bersaiz kecil sahaja dalam 100-200yen seketul.
Penjodoh bilangan untuk ya-kii-mo pula di dalam bahasa Jepun adalah "bon". "Nan bon desuka?" ada berapa biji / ketul? Sebab penjodoh bilangan di Jepun mengikut bentuk dan saiz , jadi sebutan nya juga berlainan. Untuk orang, "Nan nin" .Kalau untuk tiket atau kertas yang nipis "Nan mai" dan untuk objek yang bulat panjang/ silinder seperti ubi keledek dan payung adalah "Nan bon"
Sumimasen... kore wa.. ippon (1) o kudasai, (excuse me, can I have this 1 please? )
Sumimasen...kore wa...nihon (2) o kudasai (2 ya-kii-mo)
Sumimasen...kore wa..sanbon (3) o kudasai (3 ya-kii-mo)
Sebelum terlupa, cara untuk menikmati ya-kii-mo adalah bersama susu segar. Memang sedap dan sesuai disebabkan rasa ya-kii-mo yang manis dan susu segar yang tawar tapi berkrim.
Kalau di Malaysia, boleh cuba cari ya-kii-mo di AEON Jusco Mall ataupun I-setan.
Sekian untuk cerita kali ini.
Thank you for reading!
4 comments
ooissshiii nee.. ahahaha tibaila cakap broken japanese..
ReplyDeletekat Malaysia ni dapat ubi sedap manis kena panjat cameron la gamaknya..
keledek memang sedap..manisss..
ReplyDeletesama jer cam kat sini kan rasanya? cara dorang masak jer berbeza..
keledek kat jusco tak pernah lak cuba..
alamak nany terliur pulak denga nany bercerita belum rasa lg :)
ReplyDeletemmg terbayang2 kemanisan asli tu mkn pulak dgn susu..ppeerrgghhh!!
Sedaaaap ! Manis manis berlemak kan. hehehe :)
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.