DIY Chocolate cake & toppers cake idea
Assalammualaikum
w.b.t
Baru-baru
ini, diberi kesempatan untuk membuat kek sempena hari jadi Hannah dan kawannya,
Ilmam. Rasa excited dan tak sabar nak try resepi baru ini. Yerla, sebab sebelum
ini asyik buat rainbow cake jer. Nak juga tukar resepi tapi takut nak mencuba.
Pengalaman
sebagai seorang amateur pembuat kek ini memang kadang-kadang 'menakutkan'.
Macam-macam kejadian pernah berlaku. Sebagai contoh, kek yang tengah dibakar
nampak naik cantik membukit, bila dah nak masak tetiba mendap ibarat berlakunya
mendapan tanah di atas highway atau mana-mana jalan raya. Pernah juga, kek
plain saya bertukar menjadi corak berbelang plain 2 lapis. Lapisan atas gebu
teramat lembut, manakala lapisan kedua agak keras dan liat seperti bengkang. Itulah
bantat namanya. Hohoho..
Nasihat
saya..
Jangan putus
asa dan kena bersabar. Biasalah, langit kan tak selalunya cerah..kadang hujan
di petang hari , takpun sampai esok pagi. Tapi ..pelangi dan matahari itu pasti
akan datang suatu hari nanti. InshaALLAH...
Untuk resepi
kek saya ambil dari sini
:http://addapinch.com/the-best-chocolate-cake-recipe-ever/
Berikut
adalah bahan-bahan yang diperlukan serta kaedah untuk membuatnya :
Bahan-bahan membuat kek :
- 2 cawan tepung naik sendiri / tepung kek
- 2 cawan gula - saya kurangkan jadi 1 cawan setengah
- ¾ cup serbuk koko
- 2 sk baking powder
- 1½ sk baking soda
- 1 sk garam
- 1 sk serbuk espresson
- 1 cawan susu segar
- ½ cawan minyak sayuran / minyak jagung
- 2 biji telur
- 2 sk vanilla extract
- 1 cawan air panas yang baru dimasak
Cara-cara
Untuk penyediaan kek :
- Panaskan oven pada suhu 180 degree C
- Tambahkan tepung, gula, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam dan serbuk espresso ke dalam bekas yang besar.Gunakan spatula atau hand mixer pada kelajuan paling perlahan untuk kacau rata semua bahan-bahan kering.
- Masukkan susu segar, miyak, telur dan vanilla extract ke dalam campuran bahan-bahan kering. Teruskan memukul campuran tersebut. Kurangkan kelajuan mixer dan tambahkan air panas. Kacau pada kelajuan yang tinggi selama 1 minit.
- Bahagikan adunan ke dalam pan bersaiz 8 inchi x 3 inchi sama banyak. Bakar selama 30-35 minit ataupun sehingga masak
- Apabila kek sudah masak, tunggu sehingga kek agak sejuk sebelum menyapu krim pada kek tersebut.
Hasilnya,
memang moist dan sedap. Penambahan espresso memberikan rasa campuran chocolate
dan caffe bergabung. Cuma, kek ini pada saya sangat manis. Walaupun gula sudah
dikurangkan. Rasa frosting nya juga begitu. 5 cups confectioner's sugar memang
banyak!. Takut kalau tak follow 100% nanti tak menjadi.
Cara-cara membuat frosting :
Bahan-bahan :
- 1½ cawan butter (3 sticks), suhu bilik
- 1 cawan serbuk coco
- 5 cawan confectioner’s sugar
- ½ cawan susu segar
- 2 sk vanilla extract
- ½ teaspoon serbuk espresso
- Sediakan bekas yang besar. Masukkan serbuk koko dan dengan menggukan hand mixer, putar perlahan-lahan serbuk koko untuk memastikan serbuk koko tidak berketul atau melekat antara satu sama lain.
- Tambahkan butter ke dalam serbuk koko dan putar kembali sehingga adunan menjadi sebati dan "creamy"
- Masukkan gula dan susu. Mulakan dengan 1 cawan gula dan diikuti dengan 1 sudu besar susu segar. Putar pada kelajuan yang tinggi. Teruskan dengan cara memasukkan susu dan gula berselang seli, diakhiri dengan susu.
- Apabila adunan frosting yang anda inginkan sudah menjadi. Masukkan vanilla extract dan serbuk espresso. Putar kembali sehingga kesemuanya menjadi sebati.
Maaf, gambar
in the making saya tak sempat nak ambil. Tapi, frosting jenis yang ni memang
'kukuh' dan agak stabil. Cuma, kurang sifat 'creamy' nyer di situ. Dari awal
memang inspired nak buat kek yang disalut penuh dengan kitkat. Antara 'trick'
untuk menampakkan kek ini kelihatan lebih kemas di sekelilingnya. Akhir sekali,
jangan lupa cari ribbon warna merah untuk menaikkan 'seri' kek ini.
Untuk cake
toppers, saya gunakan pinterest sebagai rujukan. Banyak idea on DIY yang
dikongsikan di sana. Pilih jer mana yang berkenan dan practical untuk dibuat.
Bahan-bahan
yang diperlukan adalah ; kertas keras berwarna hitam, marker pen yang nampak
'outstanding' bila digunakan di atas kertas. Lidi cucuk sate, washi tape or
decoration tape (optional).
Kalau pening
tak tahu nak tulis macamane..jangan risau sebab penyelesaiannya tetap ada. Sila
bukak microsoft programme - word atau power point. Pilih font yang berkenan,
tulis semula di atas kertas cup board tadi. Untuk keselamatan bersama , sila
gunakan pensel terlebih dahulu. Tapi, jika anda cukup power untuk terus menulis
menggunakan marker pen..sila teruskan usaha tersebut.
Kemudian,
gunting ikut saiz dan bentuk yang dimahukan. Agak-agak dengan saiz kek yang
dibuat. Bila dah siap, lekatkan dengan selotape di atas lidi sate. Kalau fokus
dan tiada sebarang gangguan dari anasir luar, InshaALLAH..dalam masa 30minit dah boleh siap.Untuk bunga
kipas pula, boleh cari di google taip 'tutorial bunga kipas'
Omedetou
tanjyoubi (Happy birthday) Hannah and Ilmam!. Masing-masing dah 8 tahun dan 10
tahun. Dalam banyak-banyak pesanan penaja, mama nak pesan supaya korang jangan
lupa solat. Tingkatkan amal kebaikan dan contohilah akhlak Nabi junjungan kita
Muhammad S.A.W (pbuh).
Itu sahaja untuk entry DIY kali ini. Selamat mencuba dan berdekorasi yer!
:)
4 comments
comelnya kek diy.. kte pun fail la buat kt..slalu tgh tak masak.. :)
ReplyDeleteSedapnyaaaa kek.
ReplyDeletelapar pulak tengok kek tu pagi2 ni.. huhu
ReplyDeleteUissshhhhh....sedap nampaknya...kita pernh buar ice cream cake and dikelilingi kitkat je..blom cukup berani nk buat kek sendiri..hahahaha...
ReplyDeletetahniah kak nanny...akk mmg sumber inspirasi...hihj
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.