Al-Balad ( The City )

By Friday, January 13, 2017 ,

Assalammualaikum w.b.t

Rutin saya dengan anak beranak after solat maghrib, kitaorg akan mengaji, baca Iqra dan belajar jawi. Ikut umur dan tahap kepakaran masing-masing. Hahah!

As for Hannah ( 9 yrs old ) saya akan ajar die mengaji. Kadang-kadang, saya memang cerita kisah di sebalik surah tuh dan cuba tadabbur ayat tu dengan dia sama-sama. Cerita tuh saya buat santai ajer. Yang penting, InshaALLAH..dia faham.

Jom tengok Surah Al-Balad ( Negeri )

Saya akan baca maksud ayat ni satu persatu. Saya akan ceritakan mana yang saya tau. Contoh, kenapa ALLA S.W.T bersumpah dengan negeri Mekah. Kenapa Nabi Muhammad selalu ditindas di negeri tersebut.

Kaum Kafir Quraisy sememangnya tak sukakan Nabi Muhammad berdakwah agar mereka menyembah ALLAH S.W.T , jadi derang akan buat macam-macam benda jahat dan tak baik pada Nabi. Kena baling dengan batu dan sampai pernah nak kena bunuh.

Ayat paling BEST dan SENTAP untuk kami berdua malam tuh bila tiba ke no.4.

"Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)

Saya explained kat Hannah. "Allah pun ada bagitau kat kita yang memang manusia ni sentiasa dalam kesukaran. Suka atau tidak we have to face it! Mama sendiri sekarang kena uji bila papa tak duduk sekali ngan kita. Papa kena kerja jauh. Bila mama kena handle anak-anak mama sorang-sorang. Bangun pagi-pagi untuk siapkan breakfast Hannah dan adik-adik. Hantar ke sekolah. Hannah rasa letih tak?"

Dia angguk

Mungkin die sedang hadam ayat-ayat saya tuh. Mungkin die betul-betul faham.

Jadi, kalau kat sekolah ada muallim / muallimah yang garang atau kawan-kawan yang nakal atau ada subject yang Hannah rasa susah atau tak suka. Hannah please jangan mengalah. Ingat la ayat ni.

ALLAH S.W.T AR-Rahman. Tetap sayangkan kita. Telah sayangkan kita. Sedang sayangkan kita. Seperti ayat 17 dan 18. ALLAH S.W.T bagitahu kita, macamane kita nak overcome dengan rasa susah macam dalam ayat no. 4 tuh?

Caranya ialah dengan "berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih-sayang".
Sepatutnya mama kena selalu comfortkan Hannah dan adik-adik dengan cara yang berhikmah, sabar dan sayang. Bukan marah-marah. Huhuhu...

Hannah pun sama, kita kena buat macam apa yang ALLAH S.W.T bagitahu ni yer. Pada adik-adik dan kawan-kawan.

Balasan akhir setelah kita berbuat baik dan bersabar adalah termasuk dari golongan kanan. Siapakah golongan kanan ni? mereka ialah golongan syurga.

Pada saya, tak perlu nak terkejar-kejar sangat untuk khatamkan kitab Al-Quran ni. But keep reciting it everyday. Pada masa yang sama, cuba la ceritakan apa yang ALLAH S.W.T cuba sampaikan. Takmo baca sekadar di bibir dan lidah sahaja tanpa sebarang penghayatan. Inikan mukjizat yang teragung untuk kita umat Nabi Muhammad S.A.W.

Cubalah buat eh..kalau bukan dengan anak pun. Buat kat diri sendiri kearana ianya adalah salah satu cara kita berinteraksi dengan Al-Quran.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

1 comments

  1. betul tu. Kalau rushing nak khatam lepas tu terbiar lama lama tak elok jugak . btw, to Muqaddam kids ke ? menariknya

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.