My DIY groceries bag!

By Thursday, January 05, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Bila mood menjahit datang tanpa diduga. Lamanya lahai tak menjahit bag. Sebelum tu dok fikir juga nak jahit apa yang senang tapi berguna.

Sampaila kejadian, kena bayo doploh sen untuk beg plastik kat kedai runcit yang dekat dengan rumah kitaorg tuh. Nak beli buah oren ajer pun. Beli 4 biji then masa nak baya tuh, cashier bagitahu if nak plastik kena bayar doploh sen. Dulu kedai ni tak charge pun. Maybe dah strict kot. Tapi, masa gi kedai runcit yang lain pulak..die cakap plastik yang akan dikenakan harga adalah plastik yang besar.

Hahah! macam-macam lah. Apa pun, saya support bab-bab recycle ni. Go green kan? Dalam Islam juga dituntut untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan planet bumi kita ni. Ada satu buku yang bertajuk "Green Deen" yang  menyampaikan pesanan-pesanan dalam Al-Quran tentang betapa pentingnya kita sebagai khalifah ALLAH S.W.T perlu menjaga bumi kita ni.

Antara sebab-sebab kerosakan dan penyakit yang ada ni pun disebabkan tangan-tangan manusia itu sendrik. Buku tuh  juga ada berkongsi tentang bagaimana untuk menjimatkan air, elektrik sampai ke reka bentuk bangunan masjid  pun ada diceritakan. Sebab masjid kan nak tampung ramai orang.

Lepas tuh, umat Islam pula ramai di muka bumi ini. Bukan kat Malaysia ajer yang iklim nya panas dan lembap sepanjang tahun. Tapi kena consider yang iklim 4 musim, pastuh yang memang panas lit-lit ajer sepanjang tahun, yang sejuk kejung sepanjang tahun. Haa..macam tuhla.

Intai , belek dan cari kain yang sesuai untuk dijahit. Last-last amik yang cotton paling ringan. Senang nak jahit especially bila nak jahit handle dia nanti. Mesin jahit saya ni, bukan untuk heavy duty..boleh la takat kain cotton, satin dan yang nipis-nipis tuh nak dijahit.

Masa dok Jepun dulu, saya rajin ke Nippori ( syurga kain ). Lepas tuh beli la sket pola bag macam ni. Arahan semua kot Jepun, kena gigihla google translate. Tak susah pun sebab sumer di hujung jari kan!

Tapi kalau yang details sangat arahan die, malas la jugak. hahah! ni kan simple ajer..arahan kot gambar pun disediakan step-by-step. Ikut ajer..InshaALLAH menjadi.

Dah siap pun! simple sangat groceries bag saya ni. Jahit tepi pun tidak. Pocket pun tade. Cuma best sebab die boleh lipat, sangat ringan, boleh basuh dan paling penting sangat besar!!! Boleh la muat pelbagai barang kering kalau shopping nanti. Tader la garu kepala buat muka sendu bila cashier kata, plastik takde yer kak..kalau nak bayo doploh sen! hahahaha...

Iyolah dik..ahkak dah ada groceries bag tauuuuuu~~~~ ( Tak sabarnya nak guna bag  ni )

Upload gambar ni di IG. Ada kawan pula yang berminat nak tempah. InshALLAH..nanti saya buatkan yer.

That's All and Thank you for reading

Have a nice day and great weekends


You Might Also Like

4 comments

  1. wahhh cantiknyaaa...kreatif betul nany ni...tahniah dear..boleh buay business ni kalau ada org tempah..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.