Hari orientasi & hari pertama di sekolah ( IISPJ) sesi 2017

By Saturday, January 07, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..
Sesi orientasi darjah 1 untuk Umair dan kakaknya telah berjalan dengan lancar walaupun suami tidak dapat  bersama-sama atas faktor  tuntutan bekerja. Si bongsu macam biasa la, tak boleh duduk tenang mengakibatkan mama hanya sempat mendengar taklimat selama 5 minit. Huk huk huk... Dia ajak makan roti canai kat kedai situ. Lapo katanye.

Umair dah ready untuk ke sekolah. Ini uniform yang kena pakai untuk Hari Isnin dan Jumaat sahaja. Kasut tuh sepatutnya kena pakai yang proper. Tapi, mama last minute sangat. Untuk hari orientasi hari tuh, Umair pakai yang macam dalam gambar ni. Esok nya Hari Ahad, baru mama bawak dia gi Kedai Bata cari kasut and masuk dalam GIANT untuk cari stokin.
Sampai dah sekolah. Khemah dah siap tersegam untuk ibu bapa duduk mendengar taklimat. Boleh tahan ramai parents. Nak parking pun dah jauh sikit dari tempat yang biasa saya parking. Memang ramai lah students tahun ni. Ramai ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka di sekolah integrasi ni. Mungkin faktor "all in one roof" dari pagi sampai ke petang. Yang tak perlu untuk anak-anak transit di mana-mana menjadi asbab ibu bapa memilih sekolah integrasi sebagai sekolah pilihan anak-anak mereka.
Banyak sangat perubahan struktur dan rupa baru sekolah ini berbanding tahun lepas. Kalau dulu nak aksess ke dalam bangunan cuma ada dua tangga sahaja. Tapi tahun ni, dah ada tiga tangga. Lif pun juga disediakan, tapi masih belum beroperasi lagi. Tengoklah, kiri kanan ada lukisan / mural di dinding.
Sekolah Integrasi Puncak Jalil ini terletak di 'Kinrara Uptown'. Selain dari penambahbaikan sekolah dan kelas, fasiliti yang lain juga ada disediakan seperti perkhidmatan van sekolah dan untuk menjamin keselamatan pelajar-pelajar, maka pak guard juga sudah bersedia untuk berkhidmat.
 Uniform guard juga ada lencana sekolah. Boleh tahan smart kan?
Dinding yang dahulu nya bersih putih kini telah berwajah baru
Kelas Umair 1 Ibnu Kathir. Dalam kelas dia tak ramai pun kalau compare dengan sekolah kebangsaan. Cuma ada 18 orang pelajar sahaja. Konsep sekolah ni adalah cuba untuk mengekalkan nisbah pelajar dan guru yang kecil.
Umair di dalam kelas sewaktu hari orientasi. Dalam kelas juga disediakan locker dan rak kayu untuk meletak bag sekolah. Tak perlu lah anak-anak bawak balik kesemua buku ke rumah. Ada la bagus dan tak bagusnya bab ni. Selalu kalau tinggal buku kat sekolah memang tade harapan la nak buat revision kat rumah. Tapi kalau tinggal pun OK sebab tade la nak sumbat hangkut semua buku tuh. Banyak kot buku mereka. Sampai tak muat bag. Huhuhuh~~~~ Lagi pulak ada tangga tuh. Beg lagi berat dari budak. Takut kang jatuh telentang ke belakang. Hahaha!
Muallimah yang rajin dah siap print nama anak-anak murid untuk 1 Ibnu Kathir. Parents tinggal tolong tampalkan ajer. Dalam kelas ni, ada dua orang nama Umair. Pandai-pandai la nanti macamana muallimah nak panggil nanti. Hehehe...
Ibu bapa dan para penjaga sibuk dengan pendaftaran. Sekolah ini juga mewajibkan aktiviti taekwondo di sebelah petang, seminggu sekali. Tapi untuk tahap 1 sahaja ( tahun1 - 3 ) . Harga bayaran untuk uniform taekwondo pula adalah RM130 sepasang.
Owh yer! lagi satu ..bermula dari tahun ini, sudah ada kelas khas untuk anak-anak istimewa. Nak tau lanjut, boleh contact pengetua sekolah tersebut yer.

Yuran bulanan adalah sebanyak RM500 termasuk snack , makan tengahari dan aktiviti horse riding, berenang dan taekwondo. Yuran pengangkutan saya tak tahu sebab saya supir kepada anak-anak. Hehe..

Terjumpa pula dengan rakan lama semasa kami sama-sama di Jepun dulu. Kak Shikin pun antar dua orang anak dia kat sini. Pusing-pusing...tang situ jugak kita jumpa yer kak! :)

 Kakak while testing her locker. Muallimah pesan suruh duplicate kunci ni simpan satu kat rumah.
Classmates kakak ada 11 orang kesemuanya. Kalau dulu, tahun 2 cuma ada sekelas sahaja tapi tahun ni ada dua kelas dah. 3 Ibnu Sina dan 3 Ibnu Kathir.

Uncles deejay in the house. Bagus juga ada deejay semasa hari orientasi tuh sebab boleh buat announcement penting. Contoh kalau ada keta lain blocking kita punya keta ke...nanti dia bagitau kenderaan bernombor sekian..sekian sila alihkan kereta anda. Hehehe...
Pengetua sekolah sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa
Sebelum bersurai, ada jamuan sket untuk ibu bapa yang hadir. Tapi saya tak makan pun sebab malas nak beratur panjang lepas tuh kena pegi tadika Uwais (Little Abd Programme) untuk ambik uniform dia pula.
Hari pertama ke sekolah ( 3rd January 2017 ) . Masa ni adik belum lagi start pegi tadika.
Di dalam dewan sekolah ketika baru mahu memulakan perhimpunan pagi. Perhimpunan start pukul 730 pagi.
First day of school. Masa nak jemput anak-anak dari sekolah. Ramai nya lahai...sebelum ni tak yah beratur macam ni . Hehehe..
Tengok la kasut budak-budak ni. Semua nya sama jer kan? Memang kalau tak tulis nama boleh tertukar la. Selalu pesan kat Umair, bila letak kasut, ingat kita letak kat mana. Sorok bawah-bawah sket pun takper.
Lukisan pertama Umair di sekolah :)
Walaupun sekolah ada bagi snack setiap pagi tapi saya tetap bekalkan mereka dengan makanan. Simple-simple ajer. Macam Jumaat lepas arituh, bagi sandwich telur and cekodok.

Sian Umair, Jumaat kan ada Friday Prayer..walaupun dah lunch tapi, balik solat tuh dia lapar kot. Pandai dia tinggalkan satu cekodok untuk dia makan petang tuh. Seketul ajer. Hahah!

Lepas tuh, kena bertaekwondo pulak kat luar. Memang la kebulur!

Mama kena fikir la tulis nak bagi snack apa kat budak-budak ni. Kalau roti jer hari-hari takut bosan. Tapi kalau dah lapo..ngap ajer la kan?

Semoga anak-anak mama diterangkan hati untuk belajar dijauhkan dari segala pengaruh buruk / jahat di sekolah. Amin ya rabbal A'lamin.

That's All and Thank you for reading!







You Might Also Like

4 comments

  1. satu kelas ada dua nama sama..huhu teringat zaman sekolah dulu srkelas banyak sangat nama ain....sudahnya panggil nama.bapak..ain jenal..ain hasshim...budak laki lagi truk..ain tinggi ke ain pendek..aduhai..bagus sekolah ni..complete aktiviti anak2..kalau dekat macamnak hantar alya kesana...hemmmm.ni kira private school kan nany?

    ReplyDelete
  2. amboi pak guard pun kena pakai lencana sekolah ye..

    belajar baik2 adik2 semua..

    ReplyDelete
  3. hensem pengetua sekolah.. ha. ha.. itu yang ternampak... memang baguskan sekolah sampai petang dakler anak2 kelam kabut macam anak2 akak.. zamantu kat area kitani takder lagi macamtu.. untuk mak pak yang kerja boleh sangat hantar kat sini dari hantar transit bagaikan....

    ReplyDelete
  4. Selamat menempuhi alam psekolahan umair..bestnya tgk sekolah ni..msti fees tinggi jugakkan.. Xpe, demi y terbaik utk anak.. Y suka, siap ada locker masing2..dh mcm sek kat oversea kan..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.