Resepi Risoles Ayam Bercheese!
Assalammualaikum w.b.t
Hari ni penuh juga aktiviti. Alhamdulillah...seronok sangat sebenarnya bila suami ada di rumah. Boleh la dia layan anak-anak while me making my own project. Ada kawan tempah groceries bag, jadi tekan la pedal mesin jahit tuh. Kali ini saya jahit sekali tag label 'ilham nany' pada bag tuh.
Siap yang tuh, rasa lapar. Grilled salmon dan buat miso soup. Tapi miso sup tersalah beli pulak. Dia actually ada 2-3 warna, patutnya saya beli yang kaler macam light brown tuh tapi ntah la kenapa saja nak test yang warna merah pulak. Huhuhu..Bila masak, kurang la sambutan. Yang lajunya salmon grilled ajer.
Bila dah kenyang mata mengantuk la pulak. Layan tido 30 minit lepas tuh bangun sebab ada another big project nak kena buat. Saya berazam nak bekalkan anak-anak masakan homemade jer untuk tahun ni. Cubaan untuk minggu kedua persekolahan akan bermula esok.
Menu pertama yang saya dah buat adalah : Risoles ayam bercheese! cuma tak leleh ajer. Cheese tuh kan mahal. Jadi kekonon berjimat cermat. Hahah! sebab boleh buat menu lain pulak macam pizza ke, pasta cheese ke dan apa-apa menu yang menggunakan cheese :)
Ni ha rupanya bila dah siap :
Resepi kulit risoles :
2 cawan tepung gandum ( saya guna brand Faiza )
2 cawan susu segar ( atau santan )
1-1/2 cawan air
1 biji telur
Blend ajer semua sampai sebati.
Gunakan non-stick pan bersaiz 6 inchi dan oleskan sedikit butter. Api sederhana ajer yer. Kang kalau kuat sangat takut hangit. Lepas tuh kalau slow bebeno , boring pulak kome nak nunggu nya. Untuk bancuhan adunan di atas dan size pan 6 inci tuh, saya dapat dalam 18 keping kulit risoles. Tapi dah ngap sekeping then lagi dua keping terkoyak pulak kat tengah masa nak angkat.
Resepi fillings :
3 ketul ayam ( ambil bahagian isi ) dan cincang halus. Nak guna minced chicken or beef also can
3 biji kentang didadu ( macam nak buat karipap tuh )
1/2 batang carrot juga didadu
1 biji bawang besar warna merah bersaiz sederhana - cincang halus
3 ulas bawang putih - cincang halus
Mozarella Cheese
daun ketumbar / daun bawang
sos tiram
garam
lada sulah
Tepung jagung (optional)
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang merah sehingga layu dan diikuti dengan bawang putih sehingga naik bau. Kacau-kacau la jangan sampai rentung. Lepas tuh, masukkan isi ayam dan carrot. Masukkan sedikit sos tiram. Kacau rata. Tutup kuali sat.
Kemudian, masukkan kentang. Masak hingga empuk. Jangan lupa letakkan sedikit air yer. Kalau tak nanti, tak empuk pulak. Lepas tuh, perasakan dengan garam / gula. Ikut tekak masing-masing. Bancuh 2 sudu kecil tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuangkan ke dalam kuali tuh. Tujuannya nak kasi fillings ni pekat. Kalau taknak pun takper. Akhir sekali, masukkan hirisan daun ketumbar / daun bawang.
Bila kulit risoles dah ready and fillings pun dah siap. Mari kita mulakan proses yang seterusnya. Ambil satu sudu besar fillings tuh, then letakkan atas kulit risoles tuh. Sebelum lipat dan gulung, jangan lupa taburkan sedikit mozarella cheese ke atasnya. Kalau banyak lagi best sebenarnya..barulah best bila nak makan! tertarik-tarik, meleleh-leleh cheese tuh after kena goreng. Walllaaahhhh!
Ini yang dah siap beratur nak digolek dengan telur dan bread crumbs.
Bahan-bahan untuk menggoreng :
2 biji telur - just nice untuk kuantiti risoles yang saya dapat ni
bread crumbs
minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Golek-golek dalam telur yang dah dikocak-kocak macam nak buat telur dadar tuh.
Golek-golekkan atas bread crumbs. Boleh nak guna yang warna oren or putih. Ini jer yang saya jumpa. Nak buat sendrik pun boleh bread crumbs tuh. Bakar roti then, blend kasi halus.
Lepas tuh goreng lah dalam minyak yang dah panas. Api tuh saya matikan jap sebab ralit dok golek-golekkan risoles tuh kat bread crumbs sampai berasap kuali. Huhuhu~ Goreng guna api sederhana juga yer. Then, balik-balikkan bagi semua kena minyak tuh...
Goreng sehingga risoles anda bertukar wajah dari putih menjadi kekuning kuningan.
Bila dah siap, sila angkat dah toskan minyak. Potong setiap gulungan risoles menjadi 3 bahagian. Nak cepat sejuk dan mudah untuk kanak-kanak dalam rumah ni untuk makan. Lagi satu nak bagi derang teruja sket tengok cheese dalam tuh....Sedap tak? uihhh...sedap lah pada kami.Husband komen kurang masin. Which is good! yeayyy~~~ kalau processed food ni confirm masin kan? Matlamat dan objektif tercapai!
Alhamdulillah...selebihnya saya pack kan begini dan simpan di bahagian frozen. Tapi satu bekas dah simpan dalam chiller part ajer sebab esok bangun pagi terus goreng! waaaa~~ senangkan?
InshaALLAH..esok nak bekalkan derang risoles dan beberapa ketulan buah anggur. Walaupun sekolah ada bagi snack tapi tak cukup. Boleh la ni tahan untuk 2 hari kot. Esok planned nak buat nugget or cheesy chicken ball .
Korang semua bagi snack apa kat anak- anak ? kalau boleh takmo la yang processed food. Actually, saya sedang berusaha untuk kurangkan makanan-makanan manis, roti berkrim dan sebagainya. Ada juga bagi tapi dah limitkan.
Semoga ALLAH S.W.T mudahkan urusan kita semua untuk bagi yang terbaik kepada anak-anak. Suruhan di dalam Al-Quran juga ada supaya kita makan dari makanan yang halal dan yang baik. Walaupun air kotak, gula-gula tu semua halal tapi tak baik kan untuk tubuh badan kita.
Takper, slowly yer...dah dapat kurangkan tuh cukup baik dah. Nanti usaha lagi tau! jangan putus asa.
Oh yer..nak tau apa budak-budak ni buat masa saya sibuk di dapur ?
7 comments
Papa layan je katenah anak2. Hihi
ReplyDeletePapa layan je katenah anak2. Hihi
ReplyDeleteada cheese ada sos tiram. urmm sedap. thanks for the recipe :D
ReplyDeletelapar ptg2 tgk gmbo mknn hihihi.. nnti nk try resepi nany ni
ReplyDeleteboleh masuk list bekal anak2... dah mula buat bekalni rasa seronok pulak ...
ReplyDeletesama mcm lya..mmg dr darjah 1 beklkan dari rumah.. Dia sdri nk mkanan y dibekal dr rumah. Sedapnya menu nany buat ni..mmg menarik utk dicuba…
ReplyDeleteWeekend saya pulak, pagi bangun, malam tidur.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.