Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak-Anak Melalui Online
Assalammualaikum w.b.t
Saya masih teringat ketika kami adik beradik masih di bangku sekolah dalam tahun 87 dan 90an keputusan peperiksaan semuanya ditulis di dalam 'report card'. Paling tak best, cikgu akan 'highlight' lagi dengan pen dakwat merah kalau ada markah keputusan yang bawah 'par'. Masa sekolah rendah, takde pun yang warna merah. Masuk sekolah menengah memang akan ada subjek yang markah nya sangat menyedihkan. Pilu jap rasa. hahah!
Tapi zaman tersebut telahpun berlalu pergi. Sekarang ni, dengan adanya kemudahan internet semuanya jadi mudah dan lebih sistematik. Ibu bapa atau penjaga tidak perlu lagi menunggu 'report card' diserahkan dari anak-anak. Owh yer! lagi sadis kalau ada anak-anak yang sorokkan 'report card' mereka dari mak & ayah sebab takut kena marah dek kerana keputusan ujian / peperiksaan tak seperti yang diharapkan. Chill yer parents! anak-anak masih kecil dan kita sepatutnya kena sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Barulah seronok untuk belajar!
Ini jawapannya....
Mulai sekarang, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.
Wahhhhh!!! senangkan? yang sambil minum air kopi kunyah keropok pun boleh tahu. Jangan tersedak sudah. Hahah! Dengan adanya sistem di hujung jari iaitu semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa tak perlu lagi untuk membuat appointment dengan guru-guru bagi membincangkan keputusan peperiksaan anak-anak. Dan jika yang bekerja korang boleh la save cuti tuh untuk buat perkara yang lebih lebih penting.
Untuk pengetahuan semua, sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.
6 comments
Mudah
ReplyDeletesenangnya lahai zaman sekarang. semua di hujung jari je
ReplyDeleteEasy. Di hujung jari saja
ReplyDeleteEasy. Di hujung jari saja
ReplyDeleteSebenarnya memang dah lama sistem ini diaplikasikan di sekolah. Tapi tak tahulah tempat lain, kalau di Johor kakak rasa dah lebihkurang 4-5 tahun dah. Sebab itu tak ada report card. Biasa masa hari terbuka cikgu akan beri sekeping kertas (kita pun boleh print kat rumah sendiri) cikgu just inform prestasi anak kita itu aje.
ReplyDeletekan..sekarang smua d hujung jari
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.