Siapakah Saya?

By Tuesday, January 10, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Siapakah saya?

 Nama penuh saya Nany Adifah. Boleh panggil Nany ajer.  Anak ke-2 dari 5 orang adik beradik. Saya anak perempuan sulong dalam keluarga saya. Umur saya InshaALLAH tahun ni menjangkau 36yrs old. Tu diaa...rasa macam tak percaya nak masuk 4 series pulak. Sekejap nyer rasa masa berlalu. Semoga dengan umur yang ada ni, ALLAH S.W.T beri kesihatan yang baik so that saya boleh melakukan banyak perkara yang diredhai oleh NYA. Amin ya rabbal Alamin.

Saya asal orang kampung. Sapa tau Bagan Datuk? ..haa! kat situlah saya dilahirkan dan dibesarkan. Lepas UPSR saya dok kat asrama harian dan saya bersekolah di Sek. Men. Convent Teluk Intan dari form 1 - form 3.
Tiga tahun di sana saya agak merana! HAHAH~ air selalu takder. Bayangkan la dorm saya di tingkat paling atas sekali ( tingkat 3 ) . Memang selalu kena angkut air guna baldi dari bawah smpi ke atas. Fit jugak kan? sekarang ni, naik tangga rumah bawak angkut vacuum pun mengah. Huk huk huk.

Inilah asrama saya dulu. Pernah dapat tingkat yang paling atas. Nangisss~~ angkat air penuh satu baldi sampai atas air jadi tak penuh macam asal sebab tangan gigil angkat baldi. Air pun tumpah-tumpah sampai atas. Hahah!
Dari kecik saya banyak berdikari. Mak and ayah orang susah. Derang ade bukak kedai runcit. Anak-anak derang ni tukang perabih jajan. Ayah pulak PRA ( gomen pekerja rendah awam ). Kerja kat sekolah kebangsaan kat kampung gak. Tugas ayah saya termasuk la menyapu sampah di koridor, memesin rumput di padang sekolah.

Lepas belajar kat SMC, Teluk Intan saya sambung belajar kat MRSM Balik Pulau pula selama 2 tahun. Masa ni, lupa daratan sebab dapat keluar dari 'penjara'. haha! makan sedap-sedap oiii...bayangkan, kudapan kol 10 pagi dapat susu fresh milk sorang sebotol. Rasa mewah sangat!, Kalau lunch pernah jer, ketam masak ape ntah. Tapi memang sedap-sedap sokmo makanan yang dihidangkan. Badan pun terus naik. Pipi bulat macam bola.
Dek kerana, lupa daratan...SPM saya tidaklah sehebat kawan-kawan yang lain. Walaupun pangkat satu, tapi sket lagi jatuh pangkat 2. Sedeh. Rasa macam looser sangat. Saya ni dulu ada cita-cita nak belajar oversea. Lagi jauh dari family lagi saya suka. Ntahler. Masa muda remaja saya dulu saya suka memberontak. Hormon agaknya. Kawan pula kat kampung tade sebab saya kan belajar kat asrama.

Lepas SPM tuh, saya cuba cari keja sambilan. Tapi tak dapat. Sudahnya, melepak ajer la and follow kawan tuh gi keje. Die dulu jadi salesgirl. Bila kenang kan balik. Saya memang menyesal. Buang masa tak tentu arah. Tapi yerla masa tuh, tak leh fikir dengan logik. Meroyan tak tentu fasal. Hahah!Mak suruh belajar menjahit tapi saya tak mau.

Akhirnya, masa tunggu result SPM tu jugak saya dok kat umah saudara di Seberang Perak sebab nak keje la. Apa lagi. Nak mintak duit kat ayah beli pad pun segan. Tak tau la kenapa. Malas nak menyusahkan derang pun satu hal juga. Mak macam tak suka, tapi akhirnya dia bagi juga saya pergi. Saya kerja kilang apa ntah masa tuh. Yang pasti kilang tuh memang kampung habis. Jamban pun seketul kat luar. Pintu kayu. Saya tak pernah masuk pun. Ala-ala jamban P.Ramlee macam tuh.

Part kelakor, masa tengah kerja tuh, ayam boleh masuk . Agaknya, die kompius ni kilang ke reban. HAHAHA! lepas tuh...supervisor saya garang macam singa. Angkat muka nak borak pun tak boleh. Kilang tuh macam rumah panjang jer. Setingkat. Buat keje sambil duduk. Tader aircond. Ada kipas ajer.

Alhamdulillah..Kemudian, saya diterima untuk sambung belajar di ASASI Sains, UM, KL. Yahoooo!!! seronoknya sebab dah tak lalu nak dok rumah dan keja kilang tuh. Duit yang saya dapat tuhla saya gunakan untuk perbelanjaan sementara menunggu biasiswa masuk.

Pada saya, jadual masa tuh sangat padat. Kemudian saya susah nak catch up. Lagi satu, masa tuh saya rasa susah nak cari kawan yang sekufu. Ended up, saya kena extend satu semester. Lepas tamat asasi, saya sambung degree pulak kat UM. Fakulti Sains, majoring in geology. Itu jer yang mampu.
Banyak kenangan sebenarnya masa kat UM tuh. Tapi kita skip la eh. Teruskan ke episod seterusnya. Hehehe...lepas habis belajar sebelum grad, saya macam biasa la cari keje. Macam-macam keje saya pernah buat. Tapi yang halal ler....

Cuma kalau ingat balik, saya dah tak sanggup dah nak buat. Antaranya, saya pernah keje as cashier, lepas tuh jadi 'sales excecutive' jap. Then saya stop macam tuh jer lepas dapat gaji. Kejenya adalah, jual pelbagai barang termasuk pen, buku, ntah apa lagi la tak ingat. Approach sorang ...sorang...kat kedai makan, orang yang melepak tepi jalan. Huwaaaa!!!! nak nangis kalau ingat balik. Penat. Masa tu nak solat susah nyer. Sebab pegi merata-rata.

Panas-panas jalan kaki ke sana ke mari bawak barang. Lepas keje yang tuh, saya keje kedai kain pulak kat KAMDAR. Masa dok keje ngan KAMDAR tu saya dapat panggilan telefon dari Kak Zila ( Staff HR PETRONAS) .Terpaksa jawab phone di celah gulungan kain sebab takmo kantoi dengan boss KAMDAR. HAHAHAH!

So, PETRONAS panggil saya interview. Tawaran keje as Geoscientist. Memang saya harap sangat saya dapat keje ni. Alhamdulillah...saya lepas interview dan berjaya menjawat jawatan sebagai "EXECUTIVE GEOSCIENTIST"
Mak lah orang pertama yang saya sampaikan berita ni kat dia. Masa tuh, handphone ade tapi kredit takde. Ended up, guna public phone called mak. Happy nye mak saya masa tu. Saya boleh tau bila dengar suara dia :)

Jadilah saya orang kampung perempuan pertama yang bekerja di Menara Berkembar PETRONAS tuh. Alhamdulillah..saya dapat merasa bekerja selama 10 tahun dengan PETRONAS. Melalui PETRONAS juga, saya bertemu jodoh dengan suami. Saya berkahwin pada usia 25 tahun selepas dua tahun bekerja. Kereta dan rumah pun semua tade lagi masa tuh. Menyewa kat rumah flat di Wangsa Maju, Seksyen 2 tingkat paling atas sekali. Pegi keje naik lrt ajer. Kalau hujan..redah ajerla...basah kuyup gak baju and kasut.
Tak semua orang terus hidup senang lenang. Banyak kesusahan yang perlu dilaluinya. Jangan anggap orang-orang yang kerja di tempat yang hebat tuh semua berduit dan berharta.  Bila saya tulis ni, saya nampak satu persatu kepayahan yang pernah saya lalui. Banyak lagi sebenarnya..tapi tak tertulis kat sini.

Yang pasti, ianya membuatkan saya lebih bersyukur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T berikan. Umur yang masih diberi ni pun saya bersyukur sangat. Kalau ALLAH tak panjangkan nyawa saya sampai sekarang, tak pasti sempat atau tidak saya bertaubat dan bersemangat untuk membuat kebaikan.

Hidup saya sekarang rasanya dah berubah 180 degree. Dari hidup single, berkahwin , anak seorang dan sehingga kini ada tiga orang.

Begitu juga dengan jiwa dan rohani saya. Saya dapat rasakan dan saya sendiri dapat lihat. Kita semua boleh tahu kan. Kita kenal diri kita lebih dari orang lain. Kalau masa muda dulu selalu rasa nak sentap dengan suami dengan anak-anak. Tapi sekarang, Alhamdulillah..dah kurang . Dah boleh let go.

Semoga pengakhiran hidup kita adalah dengan cara yang paling baik dan cantik. Jangan berputus asa dalam mengejar cita-cita dan harapan. Dirikan solat dan lakukan kebaikan sebanyak mungkin.

Ok..panjang dah ni akak bercerita. Nanti kita sambung pada episode yang seterusnya. Sapa-sapa nak join..jomla semua. At least, ada la tajuk yang nak diceritakan. Boleh tambah kenalan juga :)


That's All and Thank you for reading!

:)



You Might Also Like

7 comments

  1. Huh! habis juga kakak baca rentetan hidup Nany dari awal hingga kini
    Bersyukur kita dilahirkan oleh ibu-bapa yg celik ilmu. Bayangkan kalau kita tak disekolahkan oleh mereka apa jadi kita sekarang ni?

    Balik semuanya kerana redha Allah ada. Terus besyukur atas segala nikmatNya.

    ReplyDelete
  2. Sukaa lah baca kisah2 macam ni, selalu motivate diri Nani nak berjaya jugak. Dulu2 kalau dekat asrama time takdek air tu yang paling seksa jiwa raga kan. Hahah. Pernah kot sebab takdek air pergi sekolah tak mandi tapi tepek2 bedak je kat muka. Hahahaha. Adoi lah 😁

    Kalau masuk asasi memang tough sikit kan sebab tempoh belajar tu cuma setahun & memang kena struggle habislah. Heheh. Nani pun bekas student asasi jugak 😊

    Alhamdulillah kan semua kepayahan yang akak lalui dulu ada hasilnya sekarang. Mula mula memang susah tapi setiap susah payah ni akan ada yang manis menanti. Kadang kadang bila dah penat belajar, benda benda macam ni yang akan motivate diri sendiri untuk melangkah ke depan 😊

    ReplyDelete
  3. keje petronas. bestnya T_T

    heheh

    betul tu, bila tulis benda macam ni, segala kisah lalu terkeluar balik. sobs .

    ReplyDelete
  4. Amy pun pernah cuba sale exec tu, tak tahan...setengah hari aje lepas tu cabut.
    Adik ipar Amy pun geoscientist kat sana. Kebetulan kan :)

    ReplyDelete
  5. best entry ni...bila irda baca..irda tahu nany mesti clever girl masa zaman dulu...alhamdulilah..nanti buka lah cerita mcm mana kenal husband..hahaha...nak tau jugak..sbb tengok nany macam pemalu ;p~~

    ReplyDelete
  6. Pjgnya entri..tpi ua bce smpai hbis.gigih x..hehe.. Tq nany berkongsi cerita.. Now I know u very well hikhik..ua xtau nk cte gni ke x..ua perahsia skit orgnya.salute kt nany..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.