Sakura Hunting ( episode 1 ) : みんなで はなみを しましょう。( Minna de hanami o shimashiyuo!) Let's all go see the cherry blossoms!

By Monday, March 28, 2016 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Di Jepun, musim spring berkait rapat dengan kehadiran bunga Sakura. Namun begitu, pengaruh geografi dan cuaca menyebabkan sakura tidak berbunga serentak di seluruh negara. Sebagai contoh ; Sakura mula berbunga di sebelah Kepulauan Selatan ( Kyushu)  pada akhir Mac dan berakhir di sebelah Kepulauan Utara (Hokkaido) pada awal May. 



Untuk kami yang berada di kawasan Kepulauan Honshu sudahpun dapat menikmati keindahan bunga Sakura. Masyarakat Jepun  sangat menghargai bunga Sakura dan sudah menjadi tradisi dari nenek moyang mereka untuk melakukan aktiviti yang dikenali sebagai  "cherry blossom viewing" ataupun dalam bahasa Jepun dipanggil "Hanami" (花見)” ataupun “Ohanami (お花見),”


Aktiviti “Ohanami (お花見)” dilakukan di taman-taman yang telah ditetapkan. Mereka akan berkelah bersama keluarga , sahabat handai sambil menikmati keindahan bunga sakura yang cantik bersama angin yang sepoi-sepoi bahasa. Ditambah pula dengan cuaca yang tidak terlalu panas ataupun sejuk. 
Kami juga tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama melakukan Ohanami (お花見). Destinasi hanami hunting untuk yang pertama adalah di Shinjukugyoen ( Shinjuku Park ), Tokyo.
Walaupun bukan semua bunga sakura berkembang sepenuhnya,tetapi pemandangan dari tasik ini sangat mengujakan! Gabungan refleksi pantulan dari air ditambah lagi jika langit berwarna biru. Pasti terpesona melihatnya!
Ada yang menunggu masa untuk berkembang mekar dan ranting-ranting pokok yang hampir mencecah  air tasik. 
Hujung minggu antara hari yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Begitu juga kami dan anak-anak. Menghabiskan masa bersama-sama sebelum pulang ke tanah air
Antara tips bagi mereka yang ada anak-anak kecil, bawalah 'bubbles' atau apa sahaja untuk mereka bermain dan boleh juga dijadikan props untuk sesi photoshoot.
Ataupun..jadikan kertas map sebagai kapal terbang!
Di suatu kawasan. Sakura berwarna putih bersebelahan dengan sakura berwarna pink. Ohhhh!!!! sangat cantik!!!

Suasana Ohanami (お花見) di padang Shinjukugyoen
Jangan risau kalau tak sempat nak masak atau tak tau nak beli makanan halal kat mana. Boleh cari halal bento di restaurant berdekatan dengan Shinjuku Entrance Gate. 
Aktiviti membaca map juga sangat menyeronokkan bagi kanak-kanak. Satu pencapaian bagi mereka bila dapat jumpa tempat yang sama tertulis seperti di dalam map tersebut.
 Masyarakat Jepun yang sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Beryoga beramai-ramai!
Jadi...
Kalau ada sesiapa yang berhajat untuk berjalan-jalan ke Negara Jepun saya sangat mencadangkan agar datang semasa musim Spring (Akhir bulan Mac sehingga Akhir April).

Pokok Sakura ini juga tidak berbunga lama, hanya dalam 2-3 minggu sahaja. Selepas itu ianya akan berguguran ke atas muka bumi. Tetapi, pemandangan masih cantik bila kelopak-kelopak bunga berwarna pink menjadi carpet sementara. Lagi-lagi masa nak amik gambar, tetiba angin bertiup!. Ade background effect di situ. Ok lah, I think better stop now. Will continue on how to get to Shinjuku gyoen Park on the next entry. InshaALLAH


Thank you for reading!


You Might Also Like

7 comments

  1. cantiknyaaa !!! dahla comel2 je semua bentang tikar picnic..
    akak jangan balik lagi tau.. next year nak pi sana =D

    ReplyDelete
  2. CT masukkan akak dalam bloglist CT la.. xnak miss baca citer Jepun dari akak ehehehe..

    ReplyDelete
  3. ritu dapatla tengok cherry blossom ni sket kat Melbourne. tp tu pun baru nak penuh so sayup2 gakla..

    ReplyDelete
  4. Siti! nape la comel sangat komen2 ni? hahaha...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. nak nangis tgk!
    mmg cun sgt kak...
    berangannya ada pokok camni kat sini.

    ReplyDelete
  7. ya allah kak.. rasa rindu dengan jepun semula. ada rezeki nak kerja sana la. cmne laa akak n family boleh duduk sana. akak ada email or contact x? boleh msg2. klu sudi

    ReplyDelete