Resepi Kek Prune Yang Sangat Sedap & Mudah!

By Friday, October 02, 2020

 Assalammualaikum w.b.t

Kek Prune ini adalah hasil perkongsian idea sahabat saya yang katanya ingin menjamu ibu mertua nya yang datang. Terus terfikir, wah! nampak sangat sedap kek yang dihasilkan. Juga resepi nya tidak lah susah sangat. Lebih kurang seperti  membuat kek butter tetapi tambahkan prune ke dalam bahan-bahannya. 

Rupa kejadian kek selepas siap dimasak.
 

Resepi asal adalah dari sini : https://soulain.blogspot.com/2012/12/resepi-kek-prune-yang-sedap-dan-senang.html?m=1

Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kek prune yang sangat sedap ini. 

Saya kongsikan semula bahan-bahan dan cara membuatnya di sini ya.

Bahan-bahan Kek Prune :

1) Loyang bersaiz 8"

2) Prune jenama Sunsweet ( 200 gram )

3) Gula - 160 gram

4) Butter - 250 gram

5) Tepung gandum - 230 gram

6) Esen Vanilla - 1 sk

7) 1 tsp - baking powder

8) Telur - 5 biji

9) Susu sejat / susu segar - 150ml ( saya guna susu sejat )

Cara-cara membuat :

1) Pukul butter bersama gula sehingga butter bertukar menjadi warna agak pucat. Kemudian masukkan telur satu per satu.

2) Kisar prune bersama susu sejat menggunakan blender. Jangan kisar terlalu halus. Selepas itu, boleh masukkan adunan prune bersama susu sejat ke dalam adunan butter. Pukul lagi sehingga sebati. 

3) Masukkan tepung yang sudah diayak bersama dengan serbuk baking powder. Kaup balik kan adunan sehingga benar-benar sebati.

4) Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Lapik loyang dengan menggunakan kertas lapik kek. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Adunan memang kental sedikit, jadi perlu dihentak-hentakkan sehingga semua rata. Boleh hiaskan permukaan kek dengan buah prune yang dihiris 3.

5) Masuk kek ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 35 minit ataupun sehingga masak.

 Katanya kek ini kalau disimpan di dalam peti ais semalaman, akan lebih sedap. Tidak pasti pula saya. Mungkin boleh dicuba nanti.

Rasa kek ini adalah masam-masam manis. Bau selepas dibakar seperti bau kurma dan memang semerbak sangat~ 

Sangat sedap tau rasa kek ini. Umair suka sangat! 


Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan selamat mencuba! InshaALLAH, anda semua tidak akan menyesal.




You Might Also Like

1 comments

  1. tengok pun dah tau sedap kak... bila lah dana nk cuba buat... asyik save je resepi tapi tak terbuat heheeh

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.